Ibu mana yang tak sedih jika anak yang dikandung sembilan bulan pergi buat selama-lamanya selepas dilahirkan. Tidak sempat untuk mencurahkan kasih sayang dan melihat membesar dengan sihat, si anak pergi meninggalkan ibu.
Begitulah yang dialami oleh seorang wanita yang bernama Muniey Nurnasuha apabila bayi yang dikandung sembilan bulan itu hanya sempat bertahan selama sejam selepas dilahirkan sebelum pergi menghadap ilahi.
Artikel berkaitan: [VIDEO] Wanita Positif Covid-19 Akur Kandungan 34 Minggu Terpaksa ‘Dikeluarkan’- Sampai Sekarang Tak Dapat Jumpa Baby’
Artikel berkaitan: Isteri Azmi Saat Masih Belum Dapat Lupakan Pemergian Afnan- ‘Setiap Hari Dia Menangis Rindukan Afnan’
Komplikasi jantung
Kisah yang memilukan ini dikongsikan sendiri ileh Muniey Nurnasuha di Facebooknya di mana anak lelaki merangkap anak keduanya ‘pergi’ akibat mengalami komplikasi jantung 6 November baru ini.
Dia turut memuat nasi sebuah hantaran selepas itu di mana dia redha dengan ketentuan ilahi di atas pemergian serta memohon maaf kepada anaknya.
Mama redha atas pemergian mu anak..
Mama hanya rindu, maafkan mama
Allah permudahkan segalanya
Dalam pada itu, dia turut meluahkan rasa bersyukur kerana segala urusan pengebumian anaknya itu berjalan dengan lancar dan sempurna.
Allah permudahkan perjalanan adik, 40 minggu 33 hari, 6/11/2021( Sabtu) pukul 8pagi mama ada rasa sakit perut dan keluar darah. Dalam pukul 10 lebih baru pergi Hospital Serdang
Pukul 4 dah masuk labor room dan pecah air ketuban, pukul 6 mama dah tak tahan terus teran, lahirlah adik pukul 6.29pm.
Wanita berkenaan turut mengatakan bahawa anaknya itu pergi menghadap ilahi buat selama-lamanya selepas sejam sahaja diberikan peluang untuk bernafas di dunia. Pada keesokannya, urusan pengebumian dilakukan selepas Muniey dibenarkan keluar daripada hospital.
Tapi Allah Lebih sayangkan adik, Allah jemput pukul 7.40pm. 7/11/2021(Ahad) mama discaj sekali uruskan adik dekat forensik, masa tu mendung sangat macam dah nak hujan sangat. Siap kebumi adik terus hujan, hujan rahmat
Allah permudahkan urusan kita, mama rindu anak mama
Tatap wajah buat kali terakhir
Walau bagaimanapun, Muniey turut meluahkan rasa bersyukur kerana diberi pelepasan awal daripada hospital untuk menguruskan anaknya.
Dia turut berterima kasih kepada pihak hospital kerana memberinya peluang untuk menatap wajah serta mandikan jenazah anaknya buat kali pertama dan juga terakhir. Dia juga meluahkan rasa rindu yang teramat buat anaknya.
Bersyukur Allah mudahkan urusan mama, mama dapat discaj awal, dapat uruskan adik. Terima kasih pada pihak berkenaan, dapat mama mandikan adik untuk kali pertama dan terakhir. Dapat tatap wajah adik buat kali terakhir, mama redha sayang
Mama hanya rindu, sakitnya rindu mama ni
Sumber: Muniey Nurnasuha