Pelakon Syida Melvin meluahkan rasa terharu dengan sokongan dan doa yang diterimanya daripada orang ramai susulan kemelut rumah tangga yang sedang dihadapinya.

Artikel Berkaitan: Peguam Sahkan Syida Melvin Fail Cerai Terhadap Suami – ‘Dia Failkan Disember Tahun Lalu’

Artikel Berkaitan: Kecoh Anak Syida Melvin Dilarang Masuk Butik, Ini Respon Tuan Kedai – ‘Lain Butik Lain Peraturan’

Syida Melvin hargai doa, kata-kata semangat

Menerusi hantaran di Threads, Syida menghargai setiap komen, kata-kata semangat serta doa yang diberikan oleh orang ramai terhadap dirinya dan anak-anak.

Tak terbalas semua komen, DM, kind words dan doa hampa dekat saya. Thank you. 

Dalam masa sama, Syida Melvin mengakui reda menerima segala ketentuan takdir serta yakin bahawa setiap yang berlaku pasti mempunyai hikmah yang tersendiri.

Allah maha mengetahui. Dia pegang hati kita semua. Dia nak bolak-balikkan bila-bila masa saja boleh jadi. Dan saya percaya pada takdir, takdir itu milik aku.

Perkongsian itu meraih perhatian netizen yang rata-ratanya meninggalkan kata-kata semangat serta mendoakan agar urusannya dipermudahkan.

Terdahulu, Syida dilaporkan memfailkan perceraian terhadap suaminya, Syafiq Azim di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada Disember lalu.

Sumber: Threads Syida Melvin