berita

Almy Nadia & Fizz Fairuz Tukar Dua Persalinan Untuk Majlis Resepsi. Cantik Bergaya!

June 2nd, 2014 | by Ai
Kini Trending

almy nadia-19

Agak lambat juga baru pasangan selebriti ini mengadakan majlis resepsi sebelah pengantin perempuan selepas mereka diijabkabulkan pada 26 April lalu.

Tapi lambat atau cepat bukanlah isu utama, yang penting kedua-duanya sudah selamat bergelar suami dan isteri selepas sekian lama mengharungi pelbagai dugaan selama ini.

Kalau nak tahu, Almy dan Fizz baru sahaja diraikan dalam sebuah majlis persandingan penuh meriah di Hotel Vistana, Pulau Pinang pada 31 Mei lepas.

Seronok melihat keceriaan pada wajah Almy dan Fizz sewaktu mereka sama-sama diarak masuk ke dalam dewan dan ketika duduk bersebelahan di atas pelamin. Nampak seperti bahagia sangat.

almy nadia-24

Lebih menarik lagi, Almy bukan setakat menggayakan sepasang baju persandingan berwarna kuning diraja, tetapi turut mengenakan gaun perkahwinan rona putih dipercayai untuk acara memotong kek.

Bukan main cantik dan bergaya lagi pasangan merpati dua sejoli. Al-maklumlah, bukan selalu nak diraikan sebagai raja dan ratu sehari, betul tak?

Apapun, jom tengok gambar-gambar persandingan dan majlis khatam Al-Quran Almy yang berlangsung beberapa hari lepas.

Kredit foto : The Permaisuris

SKIP THIS AD ×