berita

Almy Nadia Saksi Peritnya Suami Nak Siapkan ‘Mat Tudung Begins’ – ‘Lapan Tahun Dia Pendam…’

August 4th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Almy Nadia

Pelakon, Datin Almy Nadia berharap karya sulung Mat Tudung Begins arahan suami tercintanya, Datuk Fizz Fairuz akan mendapat sambutan ramai.

Artikel Berkaitan: Fizz Fairuz Sasar RM10 Juta Kutipan ‘Mat Tudung Begins’ – ‘Bukan Saya Memondan Hari-Hari’

Saksi segala perit dan liku

Almy Nadia

Ketika sesi temu bual di malam gala filem Mat Tudung Begins di TGV 1 Utama, minggu lalu, Almy berkata sebagai isteri dia menyaksikan segala perit dan liku-liku yang dilalui oleh suaminya sepanjang menjayakan filem komedi Mat Tudung Begins selama 8 tahun.

Saya sangat gembira untuk suami saya.. usaha dia selama ini bekerja keras demi menjayakan filem arahan pertamanya, Mat Tudung Begins. Pelbagai perkara saya beri sokongan kepada dia. Lapan tahun dia pendam karya sulung ni saya tahu bukan senang untuk dia sampai ke tahap ini.

Tambah Almy, selama lapan tahun itu suaminya pernah melalui fasa putus asa. Namun begitu, anak-anak menjadi penguat semangatnya untuk bangkit dan terus berjuang. Sebagai isteri, Almy berkata dia sentiasa memberi sokongan.

Sepanjang 8 tahun itu tak dinafikan suami saya banyak rasa tertekan dan hampir untuk mengalah, sebagai isteri saya sentiasa bagi sokongan kepadanya. Apa yang saya lakukan saat dia down adalah dengan membawa anak-anak kami kepadanya, menceriakan dia. Anak-anak adalah kekuatannya. Dia tak perlukan orang lain. Kalau saya, mungkin daripada jauh tapi janji dia kena nampak saya ada.

Sebelum ini, Fizz berharap filem komedi Mat Tudung Begins akan mencecah kutipan sebanyak RM10 juta. Filem Mat Tudung Begins sudah berada di seluruh pawagam bermula sejak 3 Ogos lalu. Antara barisan selebriti yang berlakon dalam filem tersebut ialah Achey, Maryam Durian Kimchi, Isyariana dan personaliti media sosial terkenal Indonesia, Mimi Peri.

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×