berita

Alok, Gitaris Damasutra ‘Umpama Mimpi Dalam Mimpi’ Meninggal Dunia

October 30th, 2019 | by Amat
Kini Trending

Allahyarham Naharuddin Yunus atau lebih dikenali sebagai Alok dari kumpulan Damasutra telah meninggal dunia jam 3.00 pagi tadi akibat serangan jantung di Hospital Ampang. Berita yang mengejutkan itu telah dimaklumkan oleh anak lelaki kepada gitaris kumpulan Damasutra itu.

Tidak sangka dia pergi

Menerusi laporan Metro, anak lelaki kepada arwah Alok Damasutra iaitu Ahmad Fadzli tidak langsung menyangkakan ayahnya itu akan pergi buat selama-lamanya. Malam sebelum kejadian, dia sempat membawa ayahnya itu keluar untuk menikmati makan makan.

Malam tadi, saya sempat membawa ayah keluar makan dan seronok melihat dia begitu berselera. Tidak disangka hari ini dia pergi meninggalkan kami.

Sebagai anak yang rapat dengannya, saya membawa ayah mengambil ubat di sebuah klinik di Hulu Langat. Keadaan ayah bertambah teruk sejurus sesak nafas dan tidak dapat berjalan dengan sempurna, awal pagi ini.

Pemeriksaan dilakukan pasukan perubatan mendapati bacaan jantungnya lemah. Tidak lama kemudian, ayah tiada tindak balas sebelum meninggal dunia.

Tambahnya lagi, ayahnya itu tidak pernah menghidap penyakit itu namun mula batuk berdarah dan kelihatan semput pada Sabtu lalu.

Kau seorang manusia yang cool

Sedap betul dia goreng gitar

Rakaman video persembahan ini dimuatnaik menerusi  Facebook Video Lagu Jiwang menyaksikan persembahan Alok di program Malaysia Hari Ini. Rata-rata terpegun dengan kebolehan arwah Alok ‘goreng’ gitar.

Untuk yang tidak tahu, Alok merupakan seorang gitaris kumpulan Damasutra dan terkenal dengan lagu seperti Umpama Mimpi Dalam Mimpi, Seribu Bayangan dan Antara Sutra dan Bulan. 

Sumber: Metro

SKIP THIS AD ×