berita

‘Along Akan Jaga Afif Sampai Akhir Nafas….’

May 19th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sempena ulang tahun kelahiran adik syurga tersayang, seorang abang iaitu Azfar Heri telah meluahkan perasaannya di akaun Instagram dan Twitternya. Menurut Azfar, dia sangat beruntung mempunyai adik seperti Afif meskipun adiknya itu mempunyai kekurangan berbanding individu yang lain.

I love you so much

Happy Birthday Afif! Semoga Allah sentiasa melindungi afif dari segala keburukan dan kejahatan di dunia ini. Along cuma nak afif happy dekat dunia ni walaupun dunia ni hanyalah sementara. Mungkin along tak dapat rasa ada geng adik lelaki yang boleh ajak lepak, boleh gaduh, boleh bagi nasihat macam orang lain, tapi along bersyukur dapat adik yang special sangat ni. Walaupun kadang kadang susah nak jaga Afif tapi along tetap sabar dengan adik syurga along sorang ni sebab along tau setiap yang jadi tu ada hikmah dan ada ujian dia!

Slow slow along akan ajar Afif supaya boleh urus diri sendiri nanti okay. InsyaAllah lepas ni dah tak payah pakai pampes dah! Allhamdulillah along syukur sangat Afif sekarang makin pandai dan along happy sebab Afif happy. Along tau sepatah haram apa pun kau takkan faham apa yang along cakap ni tapi along sayang Afif and along akan jaga Afif sampai bila bila sampai la akhir nafas along okay. Biar lah takda girlfriend pun yang penting Afif sentiasa ada dengan along selalu. I will always make u happy Afif, jangan tinggalkan along tau.

Menurut Azfar, sempena ulang tahun kelahiran adiknya iaitu Afif, dia sangat berharap Allah sentiasa menjauhi adiknya itu dari segala keburukan. Sebagai abang, dia ingin melihat adiknya itu gembira meskipun adiknya itu tidak sama seperti manusia lain. Azfar turut memberitahu bahawa menjaga adiknya itu memerlukan kesabaran namun, dia tetap bersyukur kerana mempunyai adik seperti Afif.

Sempena ulang tahun kelahiran Afif, dia berjanji akan mengajar adiknya itu untuk menguruskan dirinya sendiri. Setakat ini, adiknya sudah menunjukkan beberapa perubahan yang positif dan semakin pandai. Azfar turut berjanji dia akan menjaga Afif sehingga akhir hayatnya dan tidak mahu berpisah antara satu sama lain.

Rindu nak jalan-jalan

Beberapa video kenangan di antara mereka berdua turut dikongsi oleh Azfar. Perkongsian mengenai adik syurganya itu turut trending di Twitter dan mendapat 17k retweets dan 66k likes. Rata-rata netizen terharu membaca dan melihat video kisah di antara mereka berdua.

Sumber: Azfar Heri

SKIP THIS AD ×