berita

Along Cham Tamat Zaman Duda – ‘Berkat Doa Kalian Selama Ini’

April 5th, 2024 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pelakon dan pelawak Along Cham akhirnya kembali bergelar suami selepas lapan tahun memegang status duda. Along selamat melangsungkan perkahwinan dengan wanita pilihan hatinya. Tahniah!

Artikel Berkaitan: ‘Kalau Saya Nak Kahwin Kali Ini, Kena Pastikan Keputusan Itu Adil Untuk Anak’

Berkat doa kalian

Menerusi perkongsian di Instagram, Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamuddin Ahmad, 41, dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan pada majlis yang diadakan di sebuah masjid. Walau bagaimanapun, Along tidak memberikan butiran lanjut mengenai perkahwinan keduanya itu.

Bismillah. Assalammualaikum Sayang. Berkat doa kalian selama ini, terima kasih atas doanya.

Terdahulu, Along pernah mendirikan rumah tangga dengan bekas bintang Akademi Fantasia musim keempat (AF4), Zila Seeron pada 23 Januari 2010.

Mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Ahmad Daniel, 13 tahun.

Pada 13 Ogos 2016, isteri pelawak itu ditahan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) atas tuduhan khalwat.

Berikutan daripada itu, Along dan Zila bercerai talak satu pada 29 Ogos 2016.

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×