Pelawak dan pelakon, Along Cham akui tidak mengikuti perkembangan yang dimuat naik isterinya, Afreena Suhaimi di media sosial.

Artikel Berkaitan: ‘Tak Perlu Memburukkan Satu Sama Lain, Kita Selesaikan Secara Bijak’ – Afreena Suhaimi

Artikel Berkaitan: Afreena Nafi Curang, Tiada Masa Nak Jalin Hubungan Sulit

‘Tiada kerja nak stalk’

Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad, 42, bersyukur menerima banyak maklumat daripada orang sekeliling.

Tambahnya, dia hanya memberi sepenuh fokus kepada bisnesnya yang bakal mengeluarkan produk baru dalam masa terdekat.

Kalau saya tak tengok, ramai orang keliling yang akan menghubungi. Saya memang tiada telefon ketika di Sungai Buloh.

Warden-warden yang jaga saya, mereka beritahu apa benda yang betul atau tak betul saya buat di luar. Perkara ni Alhamdulillah Allah hantar orang orang baik. Saya tiada kerja nak stalk dia. Sekarang saya sedang sibuk fokus pada bisnes.

Daripada saya stalk dia, baik saya pergi usha jodoh baru. Bunga bukan sekuntum. Buat apa kau nak merintih pada orang yang dah rosakkan hati kau. Bila bina perkahwinan, mestilah nak kekal. tapi tak sangka jadi sampai macam ini.

Along berkata demikian ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah, Sepang, pada Khamis.

Hari ini, Mahkamah Rendah Syariah Sepang menetapkan tarikh 14 dan 18 Ogos bagi prosiding pengesahan lafaz cerai taklik Along dan Afreena.

Pada prosiding 1 Julai lalu, Along mendedahkan tiga sebab utama jatuhnya lafaz taklik terhadap Afreena pada Julai tahun lalu, termasuk tindakan wanita itu menghubungi bekas isterinya, Zila Saeron.

Dakwanya, perbuatan tersebut berlaku di kediamannya di Cyberjaya selepas amaran yang diberi tidak dipatuhi.

Terdahulu, Afreena mendakwa rumah tangga mereka mula berantakan sejak dua bulan selepas bernikah dan pernah berlaku lafaz cerai di luar mahkamah pada Julai 2024.

Pasangan itu bernikah pada 4 April tahun lalu. Ini merupakan perkahwinan kedua buat Along dan Afreena. Masing-masing mempunyai anak daripada perkahwinan terdahulu.

Along sebelum pernah bercerai penyanyi Zila Saeron pada September 2016, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Ahmad Daniel, 14, yang kini di bawah jagaannya. Manakala Afreena pula mempunyai tiga orang anak hasil perkahwinan pertama.