Nama pelakon dan model muslimah, Alya Iman menjadi bualan hangat di media sosial apabila ada dakwaan mengatakan dia menjalinkan hubungan dengan suami orang. Pendedahan tersebut dikatakan dibuat oleh isteri individu itu sendiri.
Memetik laporan Astro Gempak, Alya Iman memberi penjelasan lanjut kepada pihak media.
Putuskan hubungan
Pada 8.00 malam, 27 Februari 2020, Alya telah bertunang dengan seorang individu yang berusia 30 tahun yang telah berkahwin dan mempunyai 2 cahaya mata.
Majlis tertutup tersebut telah dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat Alya. Alya difahamkan bahawa isteri individu tersebut bersetuju dengan kehadiran Alya sebagai isteri kedua.
Walaubagaimanapun, pada Mac 2020, Alya telah memutuskan pertunangan tersebut apabila mengetahui bahawasanya kewujudan Alya tidak diketahui dan dipersetujui isteri individu tersebut.
Dalam satu kenyataan yang ditulis kepada media, Alya mengakui ada bertunang dengan seorang individu pada Februari 2020 namun telah memutuskan hubungan tersebut kerana kehadirannya tidak diketahui isteri pertama.
Mohon maaf
Segala hadiah telah Alya pulangkan kepada individu tersebut kerana Alya merasa bersalah.
Alya pasrah dengan apa yang berlaku pada saat ini dan percaya Allah Maha Adil dan Maha Berkuasa.
Alya mohon doa, sokongan dan dokongan semua pihak agar perkara ini dapat Alya tempuhi dengan baik.
Sesungguhnya Alya percaya apa yang berlaku telah mematangkan Alya. Alya mohon maaf kepada semua pihak yang terluka.
Pada waktu ini, Alya telah meneruskan kehidupan dan ingin fokus kepada kerjaya dan usaha Alya untuk menjadi insan yang lebih baik.
Tambahnya lagi, apa yang berlaku ternyata telah mematangkannya. Dia juga memohon maaf kepada semua pihak yang terluka. Buat masa ini, dia hanya mahu fokus kepada kerjaya dan usaha menjadi insan yang lebih baik.
Sumber : Astro Gempak