berita

Alyah Ditipu Pengurus & Rugi RM40 Ribu?

January 10th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Menerusi muka depan majalah Media Hiburan isu terbaru (12-18 Jan), pelantun lagu ‘Kisah Hati’ iaitu Alyah dikatakan telah ditipu oleh pengurusnya sendiri.

Mengikut tajuk yang ditulis, dapat dilihat Alyah telah mengalami kerugian sebanyak RM40 ribu. Namun menurut sumber, pengurus Alyah dipercayai telah membawa lari duit itu dan juga ‘minus one’ Alyah sehingga menyebabkan penyanyi ini terpaksa membatalkan persembahannya yang telah dijadualkan disaat akhir, baru-baru ini.

Menurut sumber lagi, Alyah yang meletakkan tanggungjawab urusan kewangan kepada pengurusnya, dipercayai hanya menyedari perkara ini apabila dia mendapati sewa rumah dan juga keretanya sudah beberapa bulan tidak dibayar.

Sebentar tadi, OHBULAN! cuba menghubungi Alyah. Namun, Alyah hanya membalas mesej menyatakan dia tidak mahu diganggu buat masa ini. Mungkin dia masih terkejut dengan situasi yang berlaku. Jika benar, diharapkan isu ini akan selesai dan reda secepat mungkin.

×