Pereka fesyen, Hatta Dolmat meluahkan rasa sedih dan kecewa dengan kejadian menimpa peserta Talk To My Manager (TTMM), Amad, yang rebah sebelum sempat membuat persembahan di pentas akhir program tersebut, pada Ahad.

Artikel Berkaitan: Amad Tumbang Sebelum Buat Persembahan Akhir TTMM

Artikel Berkaitan: Marsya Anak Liza Hanim Juara Talk To My Manager

Amad sihat sebelum persembahan

Menerusi perkongsian di Threads, Hatta atau nama lengkapnya Muhammad Hatta Dolmat, 43, berkata dia berada di lokasi kejadian dan menyaksikan sendiri keadaan Amad sebelum insiden itu berlaku. 

Katanya, penyanyi tersebut berada dalam keadaan baik dan sihat sebelum tiba waktu persembahan.

Sangat sedih dengan apa yang berlaku dekat Amad, saya berada dengan dia sepanjang masa. Dia berada dalan keadaan baik sampai betul-betul sebelum persembahan dia.

Menurut Hatta lagi, situasi yang menimpa Amad amat menyedihkan kerana sepanjang pengalamannya terlibat dalam program realiti dan pertandingan nyanyian, insiden sebegitu tidak pernah dilihat berlaku terhadap mana-mana peserta.

Sedih betul saya tengok semuanya untuk seorang budak apa yang Amad kena adalah sesuatu yang sangat teruk sepanjang saya pernah melalui keadaan live show pertandingan nyanyian sebegini.

‘Mata jahat, hati jahat ada di sekeliling kita’

Dalam pada itu, Hatta turut mempersoalkan punca sebenar di sebalik insiden tersebut yang berlaku di hadapan penonton secara langsung.

Dia sangat sihat jadi kalau cakap pasal masalah kesihatan dia sangat okay mood dia semua okay. Evil heart yang budak kena terima akibatnya di live show. Budak itu merana dik, drama apa?

Mata jahat, hati jahat ada di sekeliling kita. Kita tak pernah tahu, tapi itulah realitinya. Jika kamu tidak berada di tempat kejadian, jangan buat andaian, hentikan saja.

Hatta turut meminta orang ramai mendoakan kesihatan Amad dan supaya penyanyi itu dan keluarganya sentiasa dilindungi.

Doakan Amad dan keluarganya dilindungi dan diselamatkan dari keadaan luar mata kasar mampu menilai. Saya menahan rasa tak boleh tunjuk sedih depan Amad dan keluarga.

Tapi apa yang jadi depan saya untuk seorang budak yang nak berjuang adalah satu yang amat teruk. Bukan panik, bukan anxiety. Bukan penat, bukan tak sihat,it just sudden happened.

Terdahulu, Amad dilaporkan rebah secara tiba-tiba sebelum giliran persembahan di pentas akhir Talk To My Manager. 

Bagaimanapun selepas beberapa minit, Amad kembali melakukan persembahan. 

Namun usai persembahan, penyanyi itu kembali pengsan saat menuju berjalan menuju ke belakang pentas.

Sumber: Hatta Dolmat