
![]()
Kebiasaannya, syarat untuk kelayakan jawatan adalah bergantung mengikut institusi masing-masing. Syarat ini tidak sama berdasarkan jawatan dan bidang tugas yang dipilih. Oleh itu, graduan hendaklah bersedia dengan pelbagai kemungkinan untuk melayakkan diri memegang jawatan yang dipohon.
Di Twitter, individu ini berkongsi screenshot soalan ketika memohon jawatan sebagai Pegawai Perubatan di Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Berdasarkan gambar, terdapat soalan mengenai solat dan surah ketika mengisi borang secara online.
Soalan temuduga
![]()
![]()
Tweet ini mendapat perhatian ramai di mana mereka tertarik dengan soalan yang diajukan. Mereka turut memuji tindakan universiti yang mementingkan perkara asas di dalam agama. Malah, ada juga dalam kalangan netizen yang berkongsi contoh soalan yang pernah ditanya.
Format biasa untuk semua jawatan
![]()
Walaubagaimanapun, ada individu yang mempertikaikan relevan soalan yang ditanya andai pemohon bukan beragama Islam. Berikutan itu, staf universiti tampil menjawab kekeliruan.
Penjelasan dari staf universiti
![]()
![]()
![]()
Menurut salah seorang staf yang bertugas di universiti, borang tersebut hanyalah untuk pemohon jawatan yang beragama Islam sahaja. Bagi pemohon yang bukan beragama Islam, terdapat borang berasingan yang perlu diisi. Tambahnya, IIUM Medical Centre adalah salah satu hospital yang sedang memohon sijil ‘syariah compliant’. Oleh itu, organisasi tertinggi sehinggalah staf perlu mematuhi syarat ‘syariah compliant’ yang ditetapkan.
Sumber : Hafi Hasan , Nerdy





![[VIDEO] ‘Kami Tak Berdendam Dengan Ibu Kandung Arwah’ – Abang Angkat Amir Qusyairi](https://asset.ohbulan.com/2026/08/amir-1.jpg)

![[VIDEO] Kastam Indonesia Kongsi Rakaman CCTV Penahanan Juruterbang Malaysia Didakwa Seludup Dadah, Sebotol Urin Turut Dirampas](https://asset.ohbulan.com/2026/08/juruterbang2.png)
