Dah putus asa dengan rutin penjagaan wajah korang?
Tapi masih impikan kulit yang bersih, cerah dan berseri macam orang Korea?
Ini rutin penjagaan wajah yang korang boleh cuba. Rahsia awet muda dan kulit berseri sentiasa.
Min yakin melalui rutin penjagaan wajah C+A ini korang akan dapat lihat perubahan pada kulit wajah korang dalam tempoh 4 hingga 12 minggu penggunaanya.
Gabungan rutin C+ A bekalkan nutrien yang kulit perlukan!
Bagi yang belum tahu, rutin C+A adalah rutin penjagaan wajah yang menggabungkan keberkesanan Vitamin C dan Vitamin A dalam satu masa yang sama.
Rutin sangat efektif untuk mengurangkan dan mencegah kehadiran bintik-bintik hitam pada wajah.
Selain itu, rutin ini juga buat wajah kekal anjal dan awet muda .
Gunakan Kiehl’s Clearly Corrective Dark Spot Solution pada waktu siang dan Kiehl’s Retinol Skin-Renewing Daily Micro-Dose Serum pada waktu malam secara berkala untuk hasil yang memukau.
1. Clearly Corrective Dark Spot Solution
Membantu mengurangkan bintik hitam, hiperpigmentasi dan kesan selepas jerawat, Clearly Corrective Dark Spot Solution menggabungkan dua bahan aktif iaitu Activated C dan Proxylane.
Tidak hanya membantu mengurangkan dan mencegah bintik-bintik hitam, kedua-dua bahan ini turut berkesan mencerahkan kulit wajah dengan menguatkan skin barrier dan membantu melicinkan dan meratakan tekstur kulit wajah.
Hasilnya tona kulit jadi lebih sekata dan cantik.
2. Retinol Skin-Renewing Daily Micro-Dose Serum
Mulakan perjalanan anti penuaan kulit dengan Retinol Skin-Renewing Daily Micro-Dose Serum.
Diformulasi dengan menggunakan retinol tulen dengan dos kecil untuk kegunaan harian, serum ini turut mengandungi Ceramides dan Peptide yang membolehkan permukaan kulit menjadi tegang, anjal dan lembut.
Barulah korang boleh capai kulit “glass skin” yang bersih, cerah, berseri dan awet muda.
Berminat nak cuba, tapi ada rasa risau?
Jangan bimbang… Cuba dulu, sebelum beli!
Jom daftar kit persampelan C+A untuk 7 hari. Link persampelan ada dibawah
https://www.kiehls.com.my/en_my/get-glass-like-skin-samples.html
Kenali produk Kiehl’s di Trash to Art pop-up!
Bagi korang yang nak tahu mengenai produk-produk Kiehl’s secara lebih lanjut, jangan lepaskan peluang untuk hadir ke acara Kiehl’s NYC Subway:Trash to Art di Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur bermula dari 18 September 2023 hingga 24 September 2023.
Banyak aktiviti dekat sana yang korang boleh cuba dan kesemua aktiviti ini adalah percuma.
Antara aktiviti yang bakal dijalankan disana adalah seperti berikut:
1. Pameran Galeri “Trash to Art”
Inilah peluang korang untuk menyaksikan hasil-hasil karya seniman-seniman yang memperjuangkan kelestarian alam. Ini termasuklah Bangunan Empire State hasil karya Maisarah Kamal.
2. Kereta Api Bawah Tanah Kiehl’s NYC Trash to Art
Saksikan kemeriahan suasana keretapi bawah tanah yang dipenuhi dengan lampu-lampu terang beserta pelbagai banner dan papan tanda yang menarik seakan-akan di New York City. Rugi kalau korang tak OOTD dekat sini.
3. Kebaikan Dan Kelebihan Gabungan Rutin C+A Yang Berkesan
Ketahui kebaikan dan kelebihan gabungan rutin C+A hasil perkongsian pakar dermatologi Kiehl’s. Banyak maklumat yang korang boleh dapat.
4. Kenali Kulit Wajah Sendiri: Beauty Tech + Konsultasi Dengan Pakar Kulit
Semak keadaan kulit dan ketahui bagaimana korang boleh atasi masalah tersebut dengan lebih lanjut bersama pakar Kiehl’s melalui konsultansi secara peribadi. Diorang akan bantu korang untuk mencari penyelesaian terbaik bagi merawat masalah kulit korang.
Tak rugi tau korang meriahkan Kiehl’s NYC Subway: Trash to Art sebab inilah peluang untuk korang lengkapkan pengalaman pengalaman keretapi bawah tanah korang.
Tambahan pula, korang berpeluang untuk bawa pulang sehingga 10 sampel percuma bersama-sama dengan Kiehl’s drawstring pouch.
Lagipun ada cabutan bertuah, dimana pemenang terpilih akan dibawa New York City untuk merasai budaya dan melihat sendiri mercu tanda ikonik disana.
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk hadir ke Kiehl’s NYC Subway:Trash to Art.
RSVP sekarang di SINI.