berita

Aman RA Kembali Bergelar Suami – ‘Doa Yang Terbaik’

October 10th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Penyanyi rap, Aman RA, selamat mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihan hati sebentar tadi. Berita gembira tersebut dikongsikan oleh Aman RA sendiri menerusi akaun Instagramnya. Tahniah!

Doa yang terbaik

Mengenakan busana serba putih, Aman RA atau nama sebenarnya Aman bin Jamaluddin memohon doa yang terbaik daripada netizen.

Assalamualaikum. Dengan rendah hati, ingin saya berkongsi selesai sudah majlis akad nikah kami. Doakan yang terbaik, dan terima kasih atas segala sokongan.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memberi ucapan tahniah buat pelantun suara lagu ‘Budak Flat’ ini. Netizen berharap jodoh Aman dan isteri akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Terdahulu, Aman pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Natiqah Rahmat. Mereka bercerai pada 29 Mac 2020. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Ratu Raiqa dan Tuah Khalifa.

Sumber: Aman RA

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×