berita

‘Amat Malu Dengan Perbuatan Saya’ -Nabil Mohon Maaf Campak Tanjak Ke Lantai

July 14th, 2019 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

Tindakan Nabil Ahmad mencampak tanjak yang dipakai ke lantai menimbulkan rasa tidak senang orang ramai termasuk Tok Cindai Balai Adat dan seluruh pengamal budaya bangsa. Nabil yang dilihat dengan sengaja mencampak telah menjatuhkan maruah adat tradisional bangsa Melayu.

Berikutan itu, menerusi sebuah posting di Instagram, Nabil memohon maaf di atas ketelanjurannya semasa mengendalikan program Muzikal Lawak Superstar Jumaat lalu.

Terkesan dengan teguran

Alhamdulillah, saya memang terkesan dengan cara tok cindai memberi teguran dan nasihat pada saya, terharu dan sedih bila diperingatkan tentang adat dan budaya tapi dengan cara yang cukup halus, alhamdulillah masih ramai yang sayang dan menjaga!!

Maafkan saya – Nabil Ahmad

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabilzira (@nabilzira) on

Asalamualaikum Tuan Tuan sekali, saya manusia yg Banyak melakukan kekhilafan Dan saya Harap permohonan maaf saya ini dapat memberi pengajaran Pada saya Dan Hal ini betol2 menperingatkan saya pada Maruah budaya Khemahkotaan bangsa melayu kita..saya Juga memohon maaf kepada seluruh ahli keluarga balai adat tok cindai Dan semua yg terkesan dengan perbuatan saya, saya personally Amat Malu dengan perbuatan saya malam tadi #maafkansaya

Sumber : Nabil Ahmad

SKIP THIS AD ×