berita

Ambil Hati Ibu Walau Tak Pulang Beraya, Cara Ini Confirm Berkesan!

May 21st, 2020 | by Intan Mahsuri
Shout Out!

Sedih dan syahdu je rasa bila kenangkan nasib tak dapat balik beraya. Lagi-lagi bila dengar lagu raya berkemundang di stesen radio tempatan. Menitik air mata wei! Tapi, tak balik raya tak bermakna korang tak boleh gembirakan hati parents terutamanya ibu di atas pengorbanannya selama ni.

Kami yakin korang dah tengok dan rasa sendiri bagaimana seorang isteri struggle untuk laksanakan tanggungjawab sebagai suri rumah dan ibu kepada anak korang. Begitulah juga pengorbanan ibu korang di kampung.

Sedikit penghargaan tanda kasih sayang

Kalau korang perasan, adegan pemberian barang kemas ni sering ditayangkan di dalam telemovie raya, betul tak?Kebanyakan kita anggap ini cuma berlaku dalam drama saja tetapi insan mana yang tak ingin membahagiakan ibu tercinta.

Tak salah pun kalau berhabis sedikit wang untuk ibu yang dah membesarkan korang selama ini. Anggaplah ia pemberian terbaik dalam usaha mencari reda dan keberkatan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Dengan promosi yang Poh Kong ada sekarang, pemberian barang kemas bukan sesuatu yang mustahil guys. Ada banyak pilihan design dengan pelbagai range harga mengikut kemampuan korang. Fuh, semua lawa-lawa! Bukan je rasa nak beli untuk ibu tapi untuk ibu mertua, diri sendiri dan anak sekali.

Istimewa tahun ni, Poh Kong ada keluarkan koleksi  Karya Anggun yang istimewa sempena Raya 2020. Koleksi ini mengetangahkan dua koleksi utama iaitu Koleksi Melur dan Koleksi Manja.

  • Koleksi Melur

Koleksi Melur ialah koleksi bermotifkan keindahan alam, flora dan fauna. Memang cantik koleksi Melur ni. Bukan saja trendy tapi ada nilai keanggunan yang disertakan bersamanya. Koleksi ni menawarkan 3 saiz iaitu besar, sederhana dan kecil.  Ada loket, cincin, anting-anting, gelang tangan, gelang kaki dan rantai leher.

  • Koleksi Manja

Koleksi ini adalah koleksi khas untuk kanak-kanak. Koleksi ini terdiri daripada pelbagai pilihan loket, cincin, anting-anting dan rantai tangan. Memang comel kalau anak kita pakai. Pilih jangan tak pilih!

  • Koleksi Karya Anggun

Ha! Inilah dia keseluruhan koleksi karya Anggun. Diorang ada tawarkan charms, cincin, subang, gelang tangan, rantai yang cukup unik dan tinggi nilai hasil kreativitinya. Rekaan koleksi Karya Anggun bukan saja cantik tetapi ianya juga evergreen, sesuai digayakan ke mana saja dan pada bila-bila masa.

Berikut adalah senarai motif yang digunakan bagi setiap Karya Anggun:

Raja & Ratu segala buah: Durian, manggis

Makanan kegemaran tempatan: ketupat, cucuk udang

Perkataan “Syok” dengan grafik kelapa

Perkataan “Yumcha” dengan grafik cawan

Grafik daun

Peluang menang jongkong emas & pelbagai baucar!

Bukan itu je! Korang juga berpeluang untuk menang jongkong emas dan pelbagai baucar tunai daripada Poh Kong bila korang berbelanja sempena sambutan Aidilfitri tahun ni. Bukan sikit-sikit ye hadiah yang ditawarkan, sebaliknya jumlah hadiah yang ditawarkan mencecah sehingga RM2,000,000. Banyak tu!

JEWELAND tawar pelbagai kelebihan. Download sekarang!

Sekarang Poh Kong dah ada program membership. Apa yang korang kena buat cuma download aplikasi JEWELAND dan daftar sebagai ahli. Ada pelbagai benefit menanti korang. Scan je kod QR di atas untuk download JEWELAND. Mudah giler!

Bagi korang yang tak dapat pulang beraya, korang boleh beli secara dalam talian. Jangan tak tahu Poh Kong sekarang dah ada official store di Shopee dan Lazada. Korang boleh beli di dua platform berkenaan.

Namun begitu, bagi korang yang lebih gemar nak tengok depan mata dahulu, nak pegang dan belek-belek, korang boleh je ke outlet Poh Kong yang berdekatan dengan korang.

Korang boleh beli disana dan pihak Poh Kong ada menyediakan servis penghantaran ke alamat yang korang sertakan. Special servis untuk raya tahun ni… Baru la surprise sikit kan? Terkejut mak, isteri dan anak korang bila dapat parcel Poh Kong.

**Tawaran sah sehingga 30 Jun 2020

Jadi, apa lagi yang korang tunggu? Jomlah singgah ke outlet Poh Kong, Diamond and Gold by Poh Kong, Poh Kong Gallery & Gold Boutique yang berdekatan dengan korang sekarang jugak. Cantik-cantik koleksi raya tahun ni. Rugi tak beli…

Untuk maklumat lanjut, korang boleh klik link di bawah.

Website: Poh Kong 

Facebook: pohkongjewellers

Instagram: pohkongmy

SKIP THIS AD ×