Menerusi konsert Famili Duo minggu ketujuh, juri tetap, Mas Idayu mengambil keputusan untuk tidak memberikan komen terhadap persembahan para peserta yang bertanding.
Artikel Berkaitan: ‘InsyaAllah, Kami Akan Muncul’ – Naim Daniel
Artikel Berkaitan: ‘Stop Buat Parodi Sissy, Naim & Mummy. Tak Kelakar & Tak Perlu’ – Ayda Jebat
Risau komen disalah erti
Pengumuman itu dilakukan oleh Ajai sebelum memulakan komen terhadap persembahan pertama Siti Saida dan Siti Sairah.
Saya ada pengumuman malam ni. Mummy tak akan komen apa-apa hari ini. Sebab dia risau komen yang diberikan akan disalah erti. Saya hormat keputusan dia.
Berikutan daripada itu, Saida dan Sairah dilihat cuba memujuk Mas Idayu serta mahu mendengar komen daripadanya. Namun begitu, Mas Idayu hanya tersenyum dan menunjukkan tanda bagus.
Tidak beberapa lama selepas itu, Mas Idayu membatalkan hasrat tersebut dan memberikan komen selepas dipujuk pasangan Ayda dan Fyna Jebat.