berita

Ambil Produk Kesihatan Nak Potong Selera Makan, Akhirnya Wanita Ini Disahkan Hidap Penyakit…

July 15th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Produk kesihatan tempatan dilihat semakin banyak di pasaran tempatan. Pelbagai jenis ubat yang dijual dari yang melangsingkan badan hingga menaikkan berat badan serta ada yang mendakwa mampu meningkatkan ketinggian pengguna.

Ekoran terpedaya dengan promosi yang dilakukan oleh sesetengah pemilik produk kesihatan, seorang wanita terpaksa menanggung derita selepas disahkan menghidap penyakit Hepatitis. Menerusi Twitter Farah Farzana, dia menceritakan pengalam kakaknya yang menghidap penyakit tersebut setelah mengamalkan pemakanan produk kesihatan tempatan.

Disahkan menghidap penyakit Hepatitis

Kakaknya itu disahkan menghidap penyakit Hepatitis angkara makan produk kesihatan tempatan. Kini kakaknya sedang dirawat di Hospital Serdang.

Menurut portal Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Hepatitis merupakan penyakit hati dan ianya disebabkan oleh radang hati. Penyakit ini berpunca dari pengambilan ubat-ubatan termasuk ubat herbal, alkohol dan lain-lain. Terdapat 3 jenis penyakit Hepatitis iaitu Hepatitis A, B dan C.

Produk mampu memotong selera makan

Menurut Farah, kakaknya mengambil produk pelangsingan badan yang membolehkan seseorang itu memotong selera makan. Tambahnya lagi, kakaknya sebelum ini tidak pernah mencuba atau mempercayai produk kesihatan tempatan. Namun selepas terpedaya dengan rakannya yang mengajak untuk mencuba, akhirnya dia terjebak dengan produk tersebut.

Siapa suruh beli, siapa suruh percaya

Selain itu, dia turut menyatakan bahawa terdapat banyak kes yang sudah terjadi berkaitan produk kesihatan tempatan. Namun pemilik produk berkenaan bersikap lepas tangan untuk mengaut keuntungan tanpa memikir kesan akibat pengambilan produk tersebut.

Lagi sayang duit dari nyawa

Di samping itu, pemilik produk kesihatan tempatan kebanyakkannya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pengguna yang mengadu akan kesan sampingan memakan produk mereka. Selain itu, kebanyakkan pengguna tiada wang untuk melantik peguam bagi mendapatkan keadilan di mahkamah.

Tolong fikir nyawa orang lain

Ada sebab tak bagitahu nama produk

Jadilah pengguna yang bijak

Sumber: Farah, KKM

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×