

Pasangan pempengaruh sensasi, Ameera Khan dan pelakon Indonesia, Jefri Nichol terus mencuri perhatian ramai apabila menerima pelbagai reaksi susulan kemesraan mereka yang sering dikongsikan di media sosial.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ameera Khan Masak Mi Segera Buat Jefri Nichol, Netizen Puji Nampak Sedap – ‘Dari Dulu Ikut Resepi LMK’
Artikel Berkaitan: Ameera Khan Padam Gambar Jefri Nichol & ‘Unfollow’ IG, Hubungan Cinta Sudah Berakhir?
Abaikan netizen..

Hubungan mereka mendapat sokongan padu daripada rakyat Indonesia sendiri. Malah salah seorang pengguna media sosial dari negara seberang meluahkan harapan agar pasangan itu kekal bahagia dan berjodohan hingga ke jinjang pelamin.
Romantiknya Jefri dan Ameera. Semoga kalian berjodohan. Abaikan komentar netizen Malay yang suka menghina kalian.
Saya orang Indonesia sokong pasangan ini.
Komen tersebut turut mendapat perhatian adik kepada pelakon, Neelofa itu dan dia meluahkan rasa terharu dengan komen positif dan sokong individu tersebut.
Sedih la saya awak cakap macam ini.
Namun begitu, di sebalik sokongan yang diterima, terdapat juga segelintir pengguna media sosial yang memberikan komen negatif.
Ada yang mendakwa Ameera tidak layak menerima perhatian dan tidak mempunyai peminat kerana dia bukanlah seorang pelakon atau penyanyi di Malaysia, sekali gus mempertikaikan popularitinya.
Sumber: Instagram








![[VIDEO] Khairul Aming Bagi ‘Tips’ Kurus, Mohon Jangan Stres ‘Cut’ Makan – ‘Ambil Yang Kita Boleh Konsisten’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/KA-25.jpg)