Apa sahaja perkongsian dimuat naik pempengaruh, Ameera Khan dalam media sosial miliknya pasti mencuri perhatian wargamaya.
Artikel Berkaitan: Jefri Nichol Teringin Nak Pergi Kelantan, Netizen Suruh Cuba Makan Nasi Kerabu
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Neelofa Sudah Jalankan Tanggungjawab Sebagai Kakak, Cakna Dengan Teguran Netizen Isu Ameera Khan & Jefri Nichol
J & N
Terbaharu, Ameera, 24, berkongsi foto memperlihatkan dirinya mengenakan seluar denim yang tertera huruf J dan N di bahagian punggung.
Dipercayai, huruf tersebut mewakili pangkal nama kekasihnya iaitu pelakon terkenal Indonesia, Jefri Nichol.
Dalam hantaran tersebut, adik kepada Noor Neelofa itu memandankan seluar berkenaan dengan baju lengan panjang berona biru gelap.
Malah, Jefri dilihat mengulang siar atau ‘repost’ semula perkongsian itu di Instagram Story miliknya dengan kapsyen ‘dayuuuumn’.
Sejak akhir-akhir ini, Ameera dan Jefri dilihat tidak lagi berselindung dan semakin terbuka berkongsi keakraban mereka.
Meskipun tidak mengesahkan hubungan cinta, namun perkara itu dapat dihidu oleh wargamaya menerusi momen-momen romantis yang dimuat naik dalam media sosial masing-masing.
Sumber: Instagram