berita

Ameera Nama Puteri Kedua Sharifah Sofia

November 15th, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Sharifah Ameera 6

Jika penyanyi terkenal Ning Baizura mengambil masa lebih kurang tiga bulan sebelum memperkenalkan wajah sebenar bayinya kepada umum, lain pula yang dilakukan oleh pelakon dan model terkenal, Sharifah Sofia.

Artikel Berkaitan :

Kalau nak tahu, Sofia hanya mengambil masa sebulan sahaja sebelum berkongsi wajah comel puteri keduanya kepada peminat dan keputusan tersebut turut disambut baik oleh pengikut laman sosialnya.

Bayi yang diberi nama sebagai Sharifah Nur Ameera kini telah pun berusia tujuh minggu dan dilihat sudah semakin comel persis kakaknya, Sharifah Ariana.

Sharifah Ameera 1

Wajah Ameera sewaktu genap sebulan

Berkongsi mengenai pengalaman membesarkan dua orang cahaya mata, Sofia akui tugas tersebut bukanlah satu tanggungjawab yang mudah dan sebagai seorang ibu, pelakon itu sedang berusaha sedaya upaya untuk mendidik anak-anaknya tanpa bantuan sesiapa.

Raising 2 children without help is tough mashaAllah!! I wonder how woman did it back in the day raising 7, 8, 9 even 10 children by themselves while the husbands are at work.. like my mum always says, “they dont make them how they use to.” Hubs pulak says im degil. Why? Because I refuse to get a maid/nanny and insist I do it all myself… yikes!

Sebagai rujukan, Sharifah Sofia telah bernikah dengan jejaka pilihannya, Syed Ismail Syed Ibrahim Al-Ali pada 19 Oktober 2009.

Bagi yang belum pernah lihat wajah comel Ameera, di sini OHBULAN! selitkan video serta beberapa foto comel bayi tersebut untuk tatapan anda semua.

Kredit Foto : Instagram Sharifah Sofia

SKIP THIS AD ×