berita

Ameng Spring Dedah Pernah Dapat Cek Tendang Selepas Buat Show – ‘Duit Palsu Pun Saya Pernah Dapat’

February 1st, 2024 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Penyanyi, Ameng Spring mendedahkan dirinya pernah diperdaya dan menjadi mangsa penipuan apabila menerima ‘cek tendang’ selepas selesai melakukan persembahan nyanyian.

Artikel Berkaitan: ‘Pernah Dilabel Sebagai Band Dadah’ – Ameng Spring Berusaha Ubah Kehidupan Lebih Baik

Persembahan di tempat berprestij

 

Ketika ditemui OhBulan!, Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail mendakwa ketika itu dirinya membuat persembahan di sebuah tempat berprestij.

Waktu itu saya nyanyi bagi satu majlis makan malam di sebuah tempat berprestij.

Selepas buat persembahan, saya diberikan cek bernilai RM30,000 tetapi bila saya pergi bank rupanya cek tendang.

Isu tersebut masih belum selesai hingga ke hari ini dan saya masih lagi belum mendapat bayaran.

Namun begitu, penyanyi berusia 55 tahun tersebut sama sekali tidak menyalahkan pihak penganjur, sebaliknya mengakui masalah ini timbul apabila terdapat ahli jawatankuasa yang bertindak sebagai orang tengah tetapi tidak bertanggungjawab.

Nak kata serik itu tidaklah sebab sebelum ini saya akan pastikan saya dapat duit pendahuluan dulu. Jadi, kalau dia tak bayar bakinya masih ada duit pendahululan itu.

Cumanya bila jadi perkara ini, saya tidak salahkan pihak yang menganjur sebab apa yang berlaku ini di antara saya dan orang tengah.

Kita ini tak ada perjanjian yang formal yang boleh dibawa ke mahkamah.

Ameng berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada sidang media Konsert Rock Legend Berzaman yang diadakan di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur pada Rabu.

Dalam pada itu, penyanyi berusia 55 tahun tersebut turut memaklumkan bahawa dia juga pernah diperdaya dengan menerima duit palsu oleh pihak penganjur selepas selesai buat persembahan.

Bukan itu sahaja, saya pernah juga terima duit palsu dan tak dapat apa-apa bayaran selepas buat persembahan.

Cuma itulah masalahnya sebab kami ini (penyanyi) yang buat persembahan tak adanya perjanjian bertulis dan sebagainya.

Jadi bila nak buat tuntutan di mahkamah, ia agak sukar sebab semua benda kita perlu buat sendiri.

Nak turun naik mahkamah, nak bayar peguam dan sebagainya. Jadi ia agak tidak berbaloi untuk dilakukan.

Sekadar info, Ameng bakal menjayakan Konsert Rock Legend Berzaman bersama lapan lagi penyanyi rock lagenda tanah air.

Antara penyanyi rock lain yang akan membuat persembahan ialah Azan Scan, Amir Ukays, Zamani Slam dan ramai lagi.

SKIP THIS AD ×