
Pengacara dan penceramah bebas, Amin Idris menyuarakan rasa gusar apabila melihat semakin ramai wanita memilih untuk menanggalkan tudung dengan pelbagai alasan sejak akhir-akhir ini.
Artikel Berkaitan: Kilafairy Terdetik Nak ‘Freehair’, Shera Aiyob Beri Nasihat – ‘Kalau Nak Buat Sesuatu, Fikir Allah Suka Ke Tak’
Ramai tanggal tudung

Menerusi hantaran di Instagram, Amin, 44, berkata, tindakan tersebut jelas berbeza dengan fenomena berhijab yang dahulu pernah dipelopori pelakon dan aktivis, Wardina Safiyyah.
Dulu sejak kak Wardina, kita bangga bila ramai selebriti wanita berhijab. Sedih akhir-akhir ini makin ramai yang berhijab membuka tudungnya.
Tambah Amin, keteguhan hati dalam beristiqamah mungkin goyah apabila tujuan bertudung bukan kerana Allah.
Memang beza mereka yang berhijab kerana Allah, kerana trend dan kerana keturunan. Doakan hidayah buat mereka.
Walau bagaimanapun, Amin tidak menujukan perkongsian berkenaan kepada mana-mana pihak, sebaliknya menyatakan pandangan secara umum.
Sumber: Instagram








