Korang pernah tak masa zaman sekolah dulu member ajak lepak minum tiba-tiba ada sorang mamat datang buka cerita pasal skim jualan langsung atau pun paling famous MLM.
Haa benda ni pun terjadi kat pelawak yang terkenal dengan tagline “I’m sorry!”. Amir dihubungi seorang individu yang tidak dikenali untuk tawaran menjadi pengacara tetapi bila berjumpa individu tu sebenarnya dijemput untuk menyertai MLM untuk sebuah produk kecantikan.
Siapa yang tak respect siapa sekarang?
Amir jelas sekali kecewa dengan sikap individu yang ingin mengambil kesempatan ke atasnya. Amir amat teruja bila individu terbabit menawarkan projek pengacaraan pada nya tetapi akhirnya lain pula yang jadi.
Mula-mula individu itu menghantar mesej menerusi WhatsApp bercakap mengenai tawaran mengacara. Dan dia ingin berjumpa dengan saya secepat mungkin
Bayangkan saya balik dari penggambaran dengan badan berpeluh-peluh terus berjumpa dengan individu tersebut.
Apabila melihat dia mengeluarkan fail daripada begnya, saya dah agak ada benda yang tidak kena. Tiba-tiba dia bersama-sama dengan rakannya bercakap cara perniagaan MLM pula. Bengang saya dibuatnya, Sumber: mStar
Usah menipu semata-mata
Tambah Amir, beliau berharap sesiapa yang membuat perniagaan seperti itu lebih jujur kerana bukan semua yang selesa dengan cara mereka menjalankan perniagaan untuk menarik perhatian orang.
Usahlah menipu semata-mata mahu mengajak orang berniaga. Jika anda yakin dengan produk yang diniagakan, tidak perlu takut untuk mempromosikannya secara berhemah
Apatah lagi sekarang ini banyak medium di laman sosial terutamanya yang boleh mempromosikan perniagaan masing-masing, Sumber: mStar
Dalam perkembangan lain, Amir bercadang untuk membuka kedai roti bakar di Sri Gombak tidak lama lagi.