berita

Amira Othman Luluh Hati Lihat Video Bayi Berusia 11 Hari Diserang Sawan, Doakan Kesembuhan

February 15th, 2024 | by Shahrin
Kini Trending

Amira Othman

Penyanyi, Amira Othman meluahkan rasa sedih selepas menyaksikan sepotong video memperlihatkan perjuangan seorang bayi lelaki dikenali sebagai Baby Hud yang diserang sawan sejak usianya 11 hari.

Artikel Berkaitan: ‘Tidak Dinafikan Saya Masih Lagi Solo & Tidak Mengenali Sesiapa Pun’- Amira Othman

Artikel Berkaitan: ‘Saya Terkejut Dengar Orang Kata Kahwin Lambat Susah Mengandung’ – Amira Othman Lali Soalan Fasal Jodoh

Luluh hati

Amira Othman

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IG Story), Amira berkata hatinya menjadi luluh ketika menonton video tersebut kerana melibatkan kanak-kanak.

Jelas penyanyi berusia 31 tahun itu, dia menganggap setiap orang mempunyai takdir dan ujian yang berbeza.

Saya selalu tak boleh habiskan tengok video kalau melibatkan kanak-kanak ini. Luluh hati. Sedihnya ya Allah.

Begitulah hidup kita, kita semua ada takdir dan ujian yang berbeza-beza.

Pada perkongsian sama, kakak kepada penyanyi Irfan Hariz itu menitipkan doa buat baby Hud atau nama penuhnya Hud Muayyad serta kedua ibu bapa bayi tersebut.

Moga Allah angkat segala sakit baby Hud yang hebat ini dan mak ayahnya terus dikurniakan kekuatan, amin.

Sebelum ini, ibu kepada baby Hud berkongsi sepotong video mengenai keadaan anaknya yang diserang sawan secara tiba-tiba selepas 11 hari dilahirkan dan sehingga kini masih mendapatkan rawatan di hospital.

Dalam video sama, ibu baby Hud mengatakan anaknya telah didiagnos sebagai ‘Infantile Spasm’ iaitu sejenis sawan yang jarang berlaku.

Bertambah sayu lagi apabila bayi itu hampir ditidurkan selepas degupan jantungnya lemah dan pernafasan yang sangat perlahan.

Ibunya kemudian memaklumkan, doktor perlu menghantar sampel DNA anaknya ke Korea Selatan bagi melakukan proses ujian genetik (genetic test – Whole Exome Sequencing).

Susulan itu, dia dengan rendah hati memohon doa orang ramai dan mana-mana pihak yang sudi menghulurkan bantuan bagi meringankan bebannya.

Sumber: Instagram, TikTok

SKIP THIS AD ×