
Selepas mengumumkan hari bahagia, salah seorang rakan kepada penyanyi Amira Othman iaitu Betty Rahmad menganjurkan majlis ‘bachelorette‘ usrah sebagai persediaan menjadi isteri solehah.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Lama Simpan Rahsia’- Rakan Kongsi Momen ‘Bachelorette Party’ Amira Othman
Artikel Berkaitan: Netizen ‘Happy’ Tengok Gelagat Watie Hanifiah Masa ‘Bachelorette Party’ – ‘Hilang Dah Malu Manja Dia’
Bachelorette usrah

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram, pemilik nama Nadia Amira Othman, 32, meluahkan rasa syukur dikelilingi rakan-rakan yang baik.
Pelantun lagu ‘Bila Nak Kahwin?’ juga mengucapkan terima kasih kepada Betty yang sering menjemputnya hadir ke majlis-majlis agama.
Pada majlis ‘bachelorette’ usrah tersebut dilihat ramai rakan-rakan selebriti yang hadir seperti Wany Hasrita, Nabila Razali, Amyra Rosli, Nora Danish dan ramai lagi.
Bachelorette usrah oleh kawan-kawan usrah saya.
MasyaAllah baiknya mereka ini. Mastermind Akak Betty, terima kasih selalu ada dengan Mira.
Selalu ajak Mira pergi kelas. Usrah ini tentang pesanan menjadi isteri syurga.
Betul-betul Kak Betty suruh saya menuntut ilmu sebelum jadi isteri.
Terima kasih kawan-kawan syurga saya. Semoga kita berkawan sampai syurga.
Wanita mahal




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji majlis ‘bachelorette’ usrah yang dianjurkan dengan menyifatkan penyanyi berusia 32 tahun itu sebagai wanita mahal. Selain itu, warganet turut mendoakan agar Amira Othman menjadi isteri solehah buat bakal suaminya, Fattah Amin.
Terdahulu, aktor, Fattah Amin membuat kejutan istimewa di majlis pelancaran single terbaru Amira dan adiknya, Irfan Haris berjudul Rasa & Takdir.
Pada majlis tersebut Fattah mengakui status perhubungan mereka dan pasangan itu bakal diijabkabulkan pada 14 September ini yang juga merupakan tarikh kelahiran aktor itu.
Susulan itu, Unifi TV bakal menayangkan secara eksklusif majlis ijab kabul pasangan sensasi secara siaran langsung, Fattah Amin dan Amira Othman pada 14 September ini, jam 8 malam menerusi aplikasi Unifi TV 2.0 di Saluran Inspirasi (118).
Sumber: Instagram @amiraothman






![[VIDEO] Netizen Puji MUA Bellaz Hadiahkan Smiggle Untuk Rakan Sekelas Anak – ‘Dia Tahu Bukan Semua Ibu Bapa Mampu’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/bellaz2.jpg)

