Penyanyi dan pelakon Amira Othman menzahirkan rasa syukur atas segala kebaikan dan pengorbanan suaminya, Fattah Amin sepanjang tempoh kehamilannya.

Artikel Berkaitan: Fattah Amin & Amira Othman Selamat Timang Cahaya Mata Pertama, Pilih Nama Muhammad Jarir Umar

Artikel Berkaitan: Amira Othman Tunggu Hari Bersalin, Fattah Amin Teruja Sambut Ahli Keluarga Baharu – ‘Doktor Kata Bila-Bila Masa’

Terima kasih suami saya

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram Story (IGs), Amira atau nama lengkapnya Nadia Amira Othman, 33, mengucapkan terima kasih kepada Fattah atas segala bantuan dan sokongan yang diberikan sejak awal kehamilan sehingga kini.

Menurut pelantun lagu Bila Nak Kahwin itu, Fattah sentiasa berada di sisinya sepanjang tempoh kehamilan sehingga saat dirinya bertarung nyawa melahirkan cahaya mata sulung mereka.

Terima kasih suami saya tolong macam-macam.

Selama saya mengandung, bersalin dan berperang nyawa keluarkan Jarir.

Dalam pada itu, Amira turut menitipkan doa agar segala kebaikan yang dilakukan Fattah terhadap dirinya sebagai isteri menjadi asbab untuk memperoleh ganjaran syurga.

Semoga Allah ganjarkan syurga untuk suami saya.

Terdahulu, Fattah dan Amira selamat disatukan sebagai suami isteri pada 14 September tahun lalu dalam sebuah majlis yang berlangsung di Sepang.

Untuk rekod, pasangan tersebut selamat menimang cahaya mata sulung mereka hari ini yang diberi nama Muhammad Jarir Umar.

Sumber: Instagram @amiraaothman