Bintang Bollywood, Amitabh Bachchan dan anaknya Abhishek Bachchan memaklumkan mereka positif COVID-19. Perkara tersebut dimaklumkan menerusi akaun twitter masing-masing.
Family and staff undergone tests
Menurut Amitabh Bachchan, dia kini ditempatkan di wad sebuah hospital. Tambahnya, kesemua ahli keluarga dan staf turut menjalani ujian pemeriksaan Covid-19. Di akhir posting itu juga, dia meminta semua individu yang mempunyai kontak rapat dengannya dalam masa 10 hari yang lepas, segera berjumpa dengan doktor dan melakukan pemeriksaan.
Sementara itu, Abhishek juga memberitahu bahawa dia dijangkiti virus berbahaya itu juga. Ujarnya, mereka mempunyai gejala ringan sebelum disahkan positif oleh doktor.
Get well soon!
Rata-rata rakan artis dan peminat mendoakan kedua-dua mereka kembali sihat dan dapat melawan wabak tersebut.
Sumber: Amitabh Bachchan & Abhishek Bachchan