Pempengaruh media sosial, Ammar Nazhan selamat merisik pilihan hatinya, Elya Maisara.

Artikel Berkaitan: Ammar Nazhan & Aras Mohon Maaf Dah Tipu Satu Malaysia, Janji Tak Ulang Kesilapan Sama

Tahniah!

Berita gembira tersebut dikongsikan sendiri oleh Elya yang juga merupakan seorang pempengaruh menerusi satu hantaran di Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian video dan gambar tersebut, Elya kelihatan anggun dan manis mengenakan busana kurung moden berwarna ungu lembut, manakala Amar tampil segak mengenakan kemeja berwarna hitam.

Elya turut memuat naik kapsyen ringkas namun bermakna, ‘one ring down’, menandakan status hubungan mereka kini sudah berganjak ke fasa yang lebih serius.

Hantaran tersebut turut memaparkan momen Elya disarungkan cincin oleh seorang wanita yang dipercayai wakil keluarga Amar. 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya mengucapkan tahniah buat pasangan ini dan mendoakan agar urusan mereka untuk mendirikan rumah tangga dipermudahkan.

Sumber: Instagram Elya Maisarah