berita

Amy Search Bakal Gegarkan Hard Rock Hotel Desaru Coast Dengan Persembahan Live. Jom Have Fun!

September 12th, 2019 | by Intan Mahsuri
Shout Out!

Muzik adalah alunan santai , sedap untuk halwa telinga. Semua sedia maklum bahawa muzik amat digemari oleh semua golongan umur. No wonder lah muzik menjadi pilihan sesetengah orang sebagai sumber mata pencarian. Muzik ni ada banyak genre tau seperti pop, jazz, balada dan juga rock. Yes, rock! Kita nak cerita muzik rock sekarang ni.

Haa.. Hard Rock Hotel Desaru Coast ada kejutan istimewa untuk peminat-peminat rock sempena Grand Opening Hard Rock Hotel Desaru Coast. Haa.. Nak tahu surprise apa?

Lagenda Rock tanah air bakal meriahkan Hard Rock Hotel Desaru Coast!

Grand Opening Party Hard Rock Hotel Desaru Coast bakal menampilkan persembahan istimewa lagenda rock Malaysia, Amy Search. Upacara ikonik memecahkan gitar juga akan menghangatkan majlis selain persembahan live artis-artis rock tanah air. Syok kan dengar? Untung tau orang Johor!

Bukan Amy Search je. Ada ramai lagi!

Artis lain pun ada jugak! Ada persembahan solo secara live oleh DJ Chinois tau. Live band seperti Hydra, The Sharp 9 serta Mira & Friends pun ada wei. Berbaloi sangat kalau korang yang nak pergi nanti!

Grand Opening Party ini akan diadakan pada 28 September 2019 bermula jam 7.00 malam ke atas.

 

Hydra Band

DJ Chinois

The Sharp 9

Mira & Friends

Yang host pun bukan biashe-biashe!

Azura Zainal & Terry Ong

Hard Rock Hotel Desaru Coast menampilkan gandingan Terry Ong dan Azura Zainal sebagai host untuk majlis itu nanti. Mesti kecoh dan meriah habis nanti!

Tiket FREE untuk kanak-kanak bawah 6 tahun?!

Tiket masuk untuk dewasa berharga RM180. Tiket kanak-kanak berumur 6-12 tahun dikenakan RM90. Manakala kanak-kanak bawah 6 tahun adalah PERCUMA. Korang yang menginap di Hard Rock Hotel Desaru Coast pun boleh masuk for FREE tau! Dan setiap satu tiket masuk akan diberi satu minuman.

Korang boleh beli tiket secara online di website airasiaredtix.com. Untuk maklumat lanjut, korang boleh ke Facebook , Instagram Hard Rock Hotel Desaru Coast.

 

Korang tunggu apa lagi? Jangan lepaskan peluang untuk korang nikmati live performance di Grand Opening Party Hard Rock Hotel Desaru CoastJangan kata min tak bagitau ye!

#HRHDesaruCoast

SKIP THIS AD ×