
Hantaran terbaharu yang dikongsikan isteri kepada penyanyi rock Datuk Amy Search iaitu Datin Norhasniza Hassan atau Norish telah menyorot perhatian warganet.
Artikel Berkaitan: Peminat Percaya Amy Search Bukan Kaki Gaduh – ‘Dia Tak Hamak Kontroversi’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Bukan Ella Atau Awie Tetapi Bapa Nabila Huda’ – Shila Amzah
IPD Shah Alam

Menerusi perkongsian di Instagram, Norish memuat naik sekeping foto yang memaparkan dirinya bersama Amy dan tiga lagi individu berada di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.
Bagaimanapun, tujuan kehadiran mereka ke balai polis tersebut tidak nyatakan pada hantaran berkenaan.
Terdahulu, nama pelantun lagu Fantasia Bulan Madu itu mendapat perhatian ramai susulan isu dakwaan serangan terhadap penyanyi, Shila Amzah.
Sebelum ini, Shila mendakwa diserang ketika sesi latihan Konsert Ulang Tahun ke-20 MR D.I.Y di Stadium Merdeka, dipercayai berpunca daripada ciapannya di platform X yang menyatakan sokongan terhadap luahan Nabila Huda mengenai isu ibu tiri.
Bagaimanapun, Shila menjelaskan dia sekadar memberi sokongan sebagai rakan seindustri tanpa berniat mencampuri urusan peribadi sesiapa.
Sumber: Instagram








