
Meskipun gagal dalam perkahwinan pertama, penyanyi dan komposer, Amylea Azizan tidak berasa serik atau trauma untuk mendirikan rumah tangga sekali lagi.
Artikel Berkaitan: Amylea Azizan Sudah ‘Move On’, Buka Mulut Isu Cerai – ‘Dia Belum Bersedia Jadi Suami’
Mahu kahwin lagi

Ketika ditemui OhBulan!, Amylea, 39, memberi bayangan dirinya kini sedang mengenali hati budi seorang jejaka, namun belum bersedia untuk berkongsi kepada umum.
Lebih kurang macam itu (sedang mengenali seseorang). Saya tidak serik atau trauma untuk mendirikan rumah tangga, jika ada jodoh pada masa akan datang, insya-Allah.
Amylea berkata demikian ketika ditemui di sidang media konsert minggu ketiga Gegar Vaganza 12 (GV12) yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, baru-baru ini.
Tambah pelantun lagu Kendati itu, tujuan dia memberi kenyataan mengenai perpisahannya dengan bekas suami, Mohammad Aqbar Mohamad adalah untuk mengelak sebarang fitnah.
Ada sebab saya perlu memberi kenyataan di media sosial sebelum ini kerana tidak mahu timbul sebarang fitnah jika lihat atau nampak saya keluar makan dengan seseorang.
Saya tidak mahu ada yang kata ‘eh dia ini bukan isteri orang ke?’. Saya tidak mahu timbul perkara-perkara sebegitu di kemudian hari.
Terdahulu, Amylea mendedahkan rumah tangganya dengan Aqbar mula bergolak seawal lima bulan selepas mereka berkahwin pada November 2023.
Pada Oktober lalu, Amylea menerusi satu hantaran di Instagram mendedahkan telah sah bercerai dengan Aqbar dan memaklumkan dirinya sudah tamat tempoh iddah.








