berita

Amylea Nak Saman Individu Guna Kisah Arwah Bapa Jadi Modal Jual Insurans

January 27th, 2024 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pelantun suara ‘Miris’ iaitu Amylea Azizan menggesa seorang ejen insurans yang menggunakan kisah penyakit ayahnya sebagai modal promosi agar membuat permohonan maaf secara terbuka atau berdepan tindakan undang-undang.

Artikel Berkaitan: #SFMM38: Nyanyian Sering Dikritik, Amylea Azizan ‘Back Up’ Nabila Razali – ‘Dia Ada Kelebihan Yang Tersendiri’

Padam kandungan di media sosial

Memetik laporan Kosmo, individu tersebut diminta memadamkan kandungan dalam media sosial yang dianggap memfitnah bapanya, Allahyarham Azizan Zainal Abidin.

Sebelum saya saman, tolong beritahu pemilik akaun tersebut turunkan (kandungan media sosial) dan buat permohonan maaf secara terbuka.

Disebabkan hantaran itu, telah jatuh fitnah terhadap arwah ayah. Anda semua kena faham ketika Covid-19 hospital kerajaan penuh.

Ujar Amylea, posting milik individu tersebut didakwa turut membuatkan keluarganya tersinggung.

Sebagai seorang ejen insurans, Amylea berkata, individu tersebut perlu mempunyai kredibiliti serta bersikap telus, bukan mempergunakan kesusahan orang lain demi mengaut keuntungan semata-mata.

Kalau nak jual insurans pun beragaklah. Jangan sampai ‘posting’ kau buatkan sakit hati keluarga aku. Dalam masa sama buat orang (netizen) mengata keluarga kami dan arwah sekali. Kalau bapa kau tak diterima di hospital kerajaan sebab penuh kes Covid-19, kau biarkan begitu sahaja?

Sumber: Kosmo

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×