

Berpunca daripada aktiviti mengangkat berat, pelakon, Amyra Rosli mendedahkan dirinya mengalami pendarahan, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Amar Baharin Terpaksa Tukar Laluan Asal Misi Kayuhan Ke Tanah Suci, Ada Konflik India & Pakistan – ‘Allah Sebaik-Baik Perancang’
Artikel Berkaitan: Amyra Rosli Akur Tiga Bulan Berjauhan, Doakan Perjalanan Amar Ke Umrah Naik Basikal Dipermudah – ‘Saya Serah Segalanya Pada Allah’
Pendarahan

Amyra atau nama lengkap Nur Amira Izzati Rosli, 35, bagaimanapun memberitahu pendarahan itu bukan kerana keguguran atau komplikasi berkaitan kehamilan.
Kejadian itu berlaku beberapa hari selepas Amar bertolak melakukan kembara berbasikal dia. Namun ingin saya tegaskan saya tidak mengandung, saya ulang, saya tidak mengandung.
Namun pada awalnya, keadaannya kelihatan seolah-olah menuju ke arah itu (hamil). Saya mengalami sedikit pendarahan.
Apabila saya berjumpa doktor, dia memaklumkan bahawa pendarahan itu mungkin disebabkan ketidakseimbangan hormon.
Pendarahan itu tidak serius. Doktor sendiri menegaskan tidak berkaitan dengan kandungan atau kehamilan yang aktif. Mungkin petanda kepada kehamilan yang tidak menjadi. Doktor tidak dapat memberikan jawapan pasti.
Amyra berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran Amber Oasis Abaya Collection yang berlangsung di Glasshouse, Seputeh, pada Rabu.
Sebab angkat berat

Berkongsi lanjut, isteri kepada aktor, Amar Baharin itu berkata, dia tidak melakukan pemeriksaan susulan kerana pendarahan sudah berhenti selepas pengambilan ubat.
Pendarahan itu berlaku selama lebih kurang lima hari. Berlaku selepas saya mengangkat bebanan, tetapi bukanlah bebanan berat sekadar mendukung anak.
Yang membuat saya berasa hairan, bukan pendarahan haid kerana tempoh haid saya ketika itu belum tiba. Sebab itulah saya mengambil keputusan untuk berjumpa doktor.
Awalnya saya menyangka itu permulaan kitaran haid, tetapi pendarahannya tidak seperti biasa. Menurut doktor, situasi ini boleh terjadi disebabkan oleh pelbagai faktor antaranya keletihan melampau.
Namun saya tidak melakukan sebarang rawatan susulan kerana selepas beberapa hari, pendarahan itu berhenti dengan sendiri. Oleh itu, saya fikir keadaan sudah pulih.
Tambah Amyra, dia juga sudah maklumkan situasi yang berlaku itu kepada suaminya, namun tidak bercerita terlalu terperinci kerana tidak mahu mengganggu fikirannya yang kini sedang menjayakakan misi berbasikal ke Makkah.
Saya ada berkongsi perkara ini dengan Amar, tetapi tidak secara mendalam. Saya tidak mahu dia terlalu risau, lebih-lebih lagi ketika dia tiada di sisi dan dalam misi berbasikal menuju Tanah Suci.








