Pelakon, Amyza Aznan mencuri perhatian menerusi penampilan terbaharunya yang kadang-kala tampil mengenakan niqab.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Amyza Aznan Masih Hantar Pesanan Ke Nombor Arwah Anak – ‘Saya Tahu Tiada Balasan’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Amyza Aznan Puji Shahida, Syukur Atas Pertolongan – ‘Kebaikan Dia Memang Antara Dia & Allah Yang Tahu’

Niqab

Ketika ditemui OhBulan!, Amyza, 50, mengakui berasa selesa dan tenang ketika mengenakan niqab di luar meskipun tidak memakainya secara konsisten.

Pakai niqab itu terjadi dengan sendiri.

Kadang-kadang sahaja saya pakai niqab. Sebab, suka-suka nak pakai dan bila berniqab itu dan rasa lebih selesa serta tenang.

Orang pun jadi jarang nak perasan dekat kita bila di luar.

Jelas Amyza, pemakaian niqab itu dilakukan mengikut keselesaan dirinya dan sekadar suka-suka.

Amyza turut menegaskan bahawa pemakaian niqab bukanlah satu kewajipan sebaliknya bergantung kepada keselesaan masing-masing.

Ada juga yang tanya kenapa kejap pakai kejap buka, niqab adalah tidak wajib jadi tiada apa pun.

Saya rasa kalau saya nak pakai, saya akan pakai. Kalau tidak mahu, saya tidak pakai dan rasanya itu tiada isu.