Kalau sebelum ini, sequel terdahulu iaitu An Inconvenient Truth pada tahun 2006 – dokumentari Amerika yang diarahkan oleh Bonni Cohen dan Jon Shenk mengisahkan tentang bekas timbalan presiden United States iaitu Al Gore tentang usaha beliau untuk meningkatkan kesedaran orang awam tentang pemanasan global yang kian hari semakin teruk.
Kini, AN INCONVENIENT TRUTH 2 bersambung pula untuk tahun 2017 dengan usaha Al Gore untuk tetap berjuang mendapatkan dana bagi mengatasi masalah pemanasan global yang dihadapi.
Usaha ini menjadi lebih sukar apabila presiden United States iaitu Donald Trump tidak bersependapat dengan Al Gore. Beliau juga mengadakan kempen ini untuk memupuk kesedaran setiap individu tentang bahayanya pemanasan global. Al Gore juga dikenali sebagai orang yang tak pernah berputus asa untuk menyelamatkan bumi dengan apa cara sekali pun.
Pelbagai usaha yang telah dilakukan oleh Al Gore, tapi masih tidak mencukupi
Al Gore bersama John Leonard Chan, pelatih kepimpinan iklim di Filipina dan salah seorang mangsa yang terselamat daripada ribut taufan Haiyan.
Salah satu usaha yang cuba dilakukan oleh Al Gore adalah dengan menggantikan tenaga konvensional kepada tenaga mesra alam. Al Gore juga telah mengembara keseluruh dunia untuk meningkatkan kesedaran orang ramai dan juga melatih army of climate champions dan mempengaruhi polisi iklim antarabangsa.
Kalau korang nak tahu, untuk sequel kali ini jurukamera telah mengikut beliau dari belakang sepanjang proses pengembaraan beliau di setiap masa termasuklah peribadi dan umum. Pahit getir perjalanan beliau dalam menjayakan kempen ini dengan pertaruhan yang makin tinggi apabila usahanya untuk mendapatkan dana ditentang sekeras-kerasnya oleh Donald Trump.
Al Gore bersama Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau di Persidangan Iklim Bangsa Bersatu (Paris Agreement) di Paris, Perancis.