berita

Anak 7 Bulan Macam ‘Mayat Rentung’, Ibu Bapa Antivax Enggan Rawat Anak Walaupun..

January 21st, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Kesedaran mengenai kepentingan suntikan vaksin sering kali menjadi pendebatan dalam kalangan masyarakat. Walau pun pelbagai kisah mengenai kesan buruk telah dikongsi, masih ada yang berdegil dengan menolak suntikan ini.

Terbaru, doktor Yazeed Hair Johari mengimbau kembali kisah yang berlaku tiga tahun yang lalu. Ketika itu, dia didatangi ibu dan anak yang derita akibat sikap ibu bapa yang tidak bertanggungjawab.

Apa dosa anak itu?

Tak silap aku, lebih kurang 3 tahun lepas. Masa tu aku baru bukak klinik pertama aku di Kota damansara . Klinik Medissa Medical & Dental Kota Damansara (Sekarang hanga dental sahaja). Bulan ke 3 beroperasi, lebih kurang 950 malam. Masa tu klinik dah kemas, nak tutup dah. Semua staff sedang bersiap untuk pulang.

“Knock knock”. Ada satu ketukan di pintu hadapan, satu kelibat putih yang sedang mengendong anak berdiri di depan pintu kaca klinik. Staff aku menggelabah masuk dalam bilik.

“Doktor ada orang kat pintu depan, nak accept atau kata nak tutup?” balas staff aku

“Hmm. Mesti ada kecemasan tu. Takpelah, panggil je masuk. Register pakai kad je dulu, sebab sistem komputer dah tutup kan. Takpe panggil je masuk” balas Aku. Si ibu dan anak yang dikendongkan itu meluru masuk, dalam keadaan panik. Aku melihat dari CCTV, aku terus bangun buka pintu, minta pesakit masuk terus ke dalam bilik konsultasi. Ya allah. Berdegup pantas jantung aku masa tu. Keadaan anak dia yang dah penuh kemerahan, penuh dengan luka yang terkopek seluruh badan. Yang paling menyedihkan, bila bau hanyir nanah yang terlekat pada kain balut, kuat baunya makin menusuk. Aku terus sarungkan mask. Bukan apa, memang aku tak boleh tahan bau hanyir yang kuat tu.

Dah macam mayat rentung, suhu 40 darjah celcius


(Sekadar gambar hiasan)

“Anak umur berapa ni?” tanya aku. “7 Bulan doktor” balas Ibu.

“Dah berapa lama jadi macam ni?” tanya aku sambil menggigil tangan aku cuba menyelak kain bungkusan yang membaluti anak nya itu.

“Awal-awal dulu tompok-tompok je. Demam panas tapi lama-lama jadi macam ni” balas ibu.

“Hmmm, okay tapi dah berapa lama sampai jadi macam ni?” tanya aku. “Nak masuk 10 hari dah doktor” balas ibu sayup.

“Hah?? 10 hari? Habistu dalam masa 10 hari tu, anak boleh minum tak?” tanya aku. “Hmmm, anak taknak minum. Saya kasi minum dia muntah” balas ibu.

“Habis tu.. Kenapa tak bawak hospital terus?” tanya aku. “Hmmmm” Ibu hanya mendengus. Senyap tidak berkata apa sambil aku mendukung anaknya itu aku letakkan atas katil. Aku bukakan kain balutan itu.

“Ya allah. Dah macam mayat rentung dah budak ni, suhu badan 40. Tachypnic, bernafas laju, pulse very weak, extreme dehydration, Tachycardia. Ya Rabbi mak dia ni dah kenapa simpan budak ni sampai macam ni” Teriak hati. Aku selak lagi kain tu sampai terbuka sepenuhnya. Aku nak ambil blood pressure pun tak sampai hati aku nak balut Cuff tu pada lengan budak tu. Lengan dia pun dah luka-luka, dengan bernanah sana sini. Allahuakbar! “Apa dah jadi dengan kau ni dik” bisik hati.

Dera anak sendiri ke?


(Sekadar gambar hiasan)

Aku ambil kain gauze bersih dengan sapuan gel pada lengan bayi itu. Aku likitkan pada lengan untuk bacaan tekanan darah. Automatik pun fail aku attempt manual. Terbeliak biji mata masa tu, Hypovolemic. Aduh, budak ni dah septic shock dah ni. Septic shock secondary to Staphylococal Bacterial Infection Secondary to unknown Earlier viral ?infection. Septic shock ni boleh tarik nyawa orang dewasa sekejap je , apatah lagi kanak kanak. Masa tu aku dah tak boleh tahan. Aku toleh pada ibu.

“Kenapa sekarang!!!!” Tanya aku dengan nada yang lebih serius sambil aku arahkan staff aku untuk ambil bacaan gula dan sediakan Iv Drip air. “Hmm” Ibu hanya terdiam dan menunduk. “Eh, awak dera anak awak sendiri ke ni?” Tanya aku, sengaja aku membuat tuduhan supaya ibu menceritakan hal sebenar.

“Takk!! Saya tak dera dia!! Saya bukan ibu macam tu!!” Jerit ibu semula. “Habis tu!! Why now??!!” Teriak aku semula. “Doktor. Blood sugar – 3.1” Balas misi. Aku menoleh pada ibu.

“Hmmm. Sebenarnya saya ingatkan setiap penyakit boleh baik sendiri. Saya tak suka ubat hospital, saya tak suka benda asing masuk dalam anak saya” Balas si ibu akhirnya berterus terang bila dia tahu anak dia dah semakin kritikal.

“Hah ?!! Apa ni. Siapa ajar u benda-benda macam ni!! Ini nama dia ikhtiar dan usaha. Kalau tak kenapa dalam dunia ni ada hospital kalau perubatan moden tu bahaya??!” Tanya aku semula. Si ibu menggelengkan kepala.

“Saya punya group ibu semua tak sarankan ubat hospital. Mereka semuanya rawat anak dirumah sendiri dengan herba, habatus sauda dan macam macam lagi. Mereka ada jual produk herba sendiri. Kita pakai herba tu je selama ni” balas Ibu. “Habis tu anak ni vaksin tak? Dah masuk 7 bulan ni” balas aku.

“Vaksin masa lepas beranak tu je. Lepas tu tak vaksin. Group saya marah katanya vaksin tak halal dan rosakkan organ bayi. Mereka menentang dan pastikan saya tak pengaruh dengan ubatan moden ni semua” balas ibu lagi. “Habis tu kenapa sekarang baru cari klinik?” tanya aku. “Hmmm. Sebab dah masuk hari ke sepuluh. Tak baik-baik lagi. Saya tak tau nak buat apa” balas ibu.

Kulit kering yang terkopek


(Sekadar gambar hiasan)

Staff aku sedang menolak troli kecemasan ke arah katil. Aku mula pasangkan oksigen pda bayi itu. Aku mula mencapai Iv drip, untuk resus air drip sementara tunggu ambulans.

“Puan, sekarang ni saya kena resus anak awak dulu. Saya kena fix dehydration dan gula dia dulu. Sementara tu saya akan refer hospital. Anak awak kena hantar ke zon merah kecemasan dengan segera” balas aku.

Si ibu hanya mengangguk. Tak berkata apa-apa. Aku mula ambil jarum branula. Allahuakbar tak sanggup betul rasanya untuk aku genggam tangan anak itu. Dalam keadaan kulit yang bernanah dan terkopek tu tapi apa kan daya. Aku harus juga pasang IV line demi nyawa. Disaat aku memegang tangan halus itu, beberapa kulit kering yang terkopek mula bergerak isi berlendir itu mula mengalir.

“Ya Allah, sori adik. Doktor tau awak sakit. Maaf kan doktor. Terpaksa cucuk” bisik hati aku. Aku hampir kalah dengan perasaan itu. Tangan aku menggigil beberapa kali sebelum aku mula mencucuk.

“Ya Allah, kenapa aku menggigil sangat ni! Tolong la Ya Allah!” bisik hati. Sekali lagi cubaan aku untuk mulakan cucukan pertama terhenti kerana tak sanggup aku lihat keadaan tangan anak itu. Anak itu tak mengangis kerana dengan keadaan yang sangat lemah itu nak menangis pun tak ada tenaga. Tapi aku yakin anak itu sedang dalam kesakitan yang tak tertanggung.

“Kringg” satu panggilan yang datangnya dari telefon bimbit si ibu. Si ibu keluar untuk menjawab telefon. Mungkin si ibu tidak mahu aku mendengar segala perbualan itu. Aku berjaya masukkan Line Iv . Iv Drip mula berjalan. Jam sudah pun 1015, staff aku seorang masih menunggu.

“Kita OT ya malam ni nanti i bayar OT” balas aku. Tak lama selepas itu si ibu masuk semula.

Tak mahu ke hospital


(Sekadar gambar hiasan)

“Puan saya kena call hospital berdekatan untuk trasfer ke sana” balas aku. “Hmmm, saya tak nak pergi hospital” balas ibu.

“Tadi saya dah explain, awak angguk tanda setuju. Kenapa tiba-tiba ubah fikiran!?” balas aku. “Saya taknak doktor!! Saya taknak pergi hospital!” balas ibu.

“Hah! Habis tu anak macam mana!! Awak tak nampak ke dia macam mana ni. Ibu jenis apa awak ni?!!!” Aku dah mula hilang kawalan.

“Lepas habis drip ni, saya nak bawak balik” balas ibu. “Tak boleh!” balas aku.

“Kalau tak saya panggil suami saya! Kami report polis, awak tak dapat persetujuan kami. Awak buat sesuka hati, itu bukan anak kamu!” balas si ibu. Aku terngiang disitu.

“Aik! Hmmm ternyata masa tu aku pun tak pasti dengan undang-undang. Apa patut aku buat! Selama ni aku bekerja di hospital kerajaan , tapi bila dah uruskan klinik swasta sendiri, aku tak pernah terlintas. Perkara sebegini akan berlaku dan aku memang tak ada idea apa aku patut buat!” bisik hati. Dulu pun dekat kerajaan dah kena cemuhan bermacam-macam, kali ni nak terlibat dalam kes polis pula.

Aku masih lagi tergamam “Bam !!” Pintu aku dibuka kuat. Seorang laki masuk kedalam.

“Saya ayah bayi ni. Lepas habis drip kami nak bawa balik. Doktor tak payah nak ajar saya. Saya tau, apa nak buat ini anak saya. Saya tak benarkan dia ke hospital” jerkah lelaki itu. Aku hanya tunduk tak mampu berkata apa apa lagi. Aku hanya mampu melihat anak itu.

“Aku doakan kau selamat dik. Aku doakan tuhan akan lindungi kau dari mereka ni..” bisik hati aambil aku mengusap jari anak itu. Jam 11 malam si ibu dan ayah tidak mahu menunggu lagi.

“Dah! Cukup setakat ni, cabut jarum tu kami nak balik sekarang!” balas si ayah yang sedang berdiri dibelakang isterinya itu. Aku tak mahu lagi berdebat.

No telefon tak wujud, no IC salah

(Sekadar gambar hiasan)

“Kerana mereka hanya mahu mendengar, apa yang hanya mereka mahu mendengar”. Tak guna lagi aku jelaskan kerana aku sudah terangkan segalanya. Mereka mengambil bayi itu. Mereka letakkan RM 50 di atas kaunter dan terus berlalu. Menggeletar aku malam tu apa yang pasti.Aku tahu anak itu akan mati jika tak malam ni mungkin esok berpandukan data yang aku periksa malam tu.

“Misi, ambik card pesakit tadi” balas aku. “Awak isi kad ni tengok IC atau mak dia sendiri tulis” tanya aku.

“Mak dia kata tak bawak ic, jadi mak dia yang tulis” balas staf. Malangnya apa yang ditulis atas kad pesakit itu adalah palsu semata.

No telefon tak wujud. No ic salah. Alamat tak wujud. Cadangnya aku nak laporkan pada polis sebab aku taknak bersubahat dan aku sememangnya tak tahu nak buat apa masa tu. Aku tulis report pada kementerian dengan data kad yang diisi secara palsu  dan apa yang berlaku malam tu. Taknak lah satu hari nanti si ibu datang menyerang klinik aku semula. Sekurang kurangnya aku ada bukti yang aku cuba selamatkan anak itu. Itulah malam terakhir aku melihat wajah anak itu. Aku sempat tangkap gambar curi-curi tapi malangnya aku tak jumpa gambar tu. Lihatlah dunia ila kita dikelilingi oleh golongan antivaksin, golongan anti rawatan barat.

Bukan lah aku bangga dengan rawatan barat tu sangat, tapi sekurang kurangnya. Setiap ubatan dikaji dan diperlihatkan oleh satu dunia tentang keberkesanannya. Jika Allah menentang, sudah lama hospital semua ni dah dilaknat jika ini semua agenda yahudi. Kerana pemikiran kau mudah di pengaruhi oleh golongan ANTI ni. Nyawa anak kau semudah itu kau permainkan.

Mungkin hikmah dari tragedi ini  Tuhan beri aku peluang untuk jadi “Social Influencer agar cerita cerita sebegini boleh disampaikan”

Tolong aku share agar orang lain tidak terpengaruh dengan golongan ANTI ini yang mengagihkan idea idea menentang lalu menjual produk sendiri. Penunggang agama adalah racun kepada agama sendiri. Mereka harus kembali kejalan yang benar.

APA DOSA ANAK ITU PADA KAU? Tolong share dan tag semua kawan kawan agar kita dapat sampaikan kepada yang lain. Kisah ini 3 tahun sudah tapi golongan mereka semakin membiak hingga kini. Tanggungjawab siapa semua ini? Berapa ramai lagi pasangan yang penyayang diluar sana sedang berusaha untuk menimang cahaya mata? Kita yang dah diberi rezeki anak ni pula sewenangnya menzalimi mereka

Dr Yazeed Hair Johari
Doktor Perubatan & Bedah
Medissa Group Of Clinic

Sumber : Yazeed Hair Johari

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×