berita

‘Anak Aku Lapar…’ – Nasib Baik Tak ‘Download’ Gambar, Wanita Dedah Sebenarnya Dia Hampir Dipukau!

October 1st, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Sejak kebelakangan ini, pelbagai taktik jenayah yang cuba dilakukan individu tidak bertanggungjawab semata-mata untuk mengaut keuntungan demi kesenangan hidup. Mereka ini sering mengambil jalan mudah dengan memperdayakan mana-mana individu tanpa mengira usia asalkan ‘misi’ mereka tercapai.

Terbaru, seorang pengguna Facebook iaitu Afifah Abdulatif menceritakan pengalamannya apabila dia dipercayai hampir dipukau oleh individu yang tidak dikenalinya menerusi aplikasi Whatsapp.

Konon anak lapar tak makan

Ya Allah pakat beringat la belaka deh. Tiba-tiba tadi masuk whatsapp unknown number minta beras dan telur. Mintak duit untuk anak-anak, time tu fifi tekan dah download nak buka gambar dia hantar tu, tapi hati rasa tak sedap and cancel balik. Tengok gambar last customer fifi kabo jangan care, block je terus sebab dia dah terkena. Patut lah rasa tak sedap hati tadi nak download, rasa pelik bakpe gambar hitam gitu. Mujur la fifi tak buat setting auto download media. Kalau dok tak tahu la gane. Ketor lagi tangan dari tadi, macam-macam la leni scammer buat nk duit orang. Pakat share belaka. Jangan biar keluarga, kawan2 jadi mangsa seterusnya. Niat kita mmg nak tolong orang susah tapi tak logik, random sangat minta tolong. Mana dapat no kita tak tahu. Allahu.

Menurut Afifah Abdulatif, dia memberitahu kejadian itu berlaku apabila satu nombor yang tidak dikenali secara tiba-tiba telah menghantar Whatsapp meminta pertolongan daripadanya. Tambahnya lagi, wanita berkenaan mendakwa dia dan anak-anaknya berada dalam keadaan lapar disebabkan tiada stok makanan di rumah.

Menceritakan kisah itu, individu yang tidak dikenali ini turut mengakui dia sudah bercerai dan bekas suaminya itu masih belum memberikan mereka sekeluarga nafkah untuk membeli makanan. Lebih mencurigakan apabila dia telah menghantar beberapa keping foto yang dilihat seperti foto dia dan anak-anaknya.

Beras dekat rumah dah habis

‘Macam kena pukau gitu’

Berikutan daripada perkongsian itu, salah seorang pelanggan Afifah yang dikenali dengan nama Awin memaklumkan bahawa dia juga pernah menjadi mangsa ‘pukau’ hanya menerusi Whatsapp. Menurut Awin, kejadian tersebut menimpa dirinya pada tahun lalu. Ketika itu, ada satu nombor yang tidak dikenali meminta bantuan kewangan kepada Awin kerana anaknya itu jatuh sakit.

Namun, tidak lama selepas dia memuat turun gambar yang dihantar, Awin secara tiba-tiba seakan ‘mamai’ dan terus melakukan transaksi pemindahan wang ke akaun wanita terbabit. Lebih mengejutkan apabila mengetahui jumlah yang dihantar adalah berjumlah RM1k.

Lepas ni berhati-hati

Bukan itu sahaja, selepas kejadian tersebut, Awin memberitahu masih ada nombor yang tidak dikenali menyapanya di Whatsapp memberitahu bahawa ada orang ingin menyantaunya. Bimbang kejadian yang sama akan berulang, Awin terus menyekat nombor telefon berkenaan. Dalam pada itu, mereka menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati.

Sumber: Afifah Abdulatif

SKIP THIS AD ×