
Pendakwah, Ustaz Wadi Annuar berkongsi pesanan ringkas namun bermakna mengenai amalan yang boleh dilakukan untuk menjadi kaya baik di dunia dan akhirat.
Artikel Berkaitan: ‘Memijak Al-Quran Adalah Satu Penghinaan Terbuka Terhadap Agama’ – Ustaz Wadi Annuar
Artikel Berkaitan: Ustaz Wadi Annuar Kongsi Sabda Nabi SAW Tentang Kaum Nabi Lut – ‘Bila Allah Laknat, Itu Amaran Paling Keras Dalam Agama’
Amalan jadi kaya
Ustaz Wadi berkata, terdapat dua amalan utama yang boleh membuka pintu rezeki seseorang jika dilakukan dengan penuh keikhlasan.
Nak jadi kaya ada dua cara. Yang pertama kayakan mak ayah kamu. Yang kedua beristighfar. Jika buat dua perkara ini mesti kaya.
Tetapi berapa ramai yang dahulukan mak ayah dalam segala urusan? Tak ramai, malah ramai yang meninggalkan perkara itu.
Sedangkan mak ayah yang pegang ‘kunci’. Anak-anak bila lihat mak ayah mereka ada duit, mereka mula tidak bagi duit.
Ustaz Wadi berkongsi pesanan itu ketika menjadi tetamu dalam podcast Apa Cerita Podcast yang dikendalikan oleh usahawan, Asyraf Khalid.
Dalam masa sama, Ustaz Wadi memberitahu, ramai anak-anak tersilap langkah apabila beranggapan ibu bapa yang sudah berada atau kelihatan senang tidak lagi memerlukan perhatian serta pemberian daripada anak-anak.
Jelasnya, sekiranya ibu bapa berada dalam keadaan cukup dan tidak memerlukan bantuan kewangan, anak-anak tetap boleh untuk berbuat baik dengan cara lain.
Jika mak ayah sudah kaya, belikan juga sesuatu untuk mereka atau pun ganti dengan doa kebaikan untuk kedua-duanya.
Allah akan memudahkan hidup kita. Rezeki bukan datang dalam bentuk duit sahaja, tetapi dari segi kesihatan, ketenangan hati. Itu rezeki yang besar.
Sumber: Instagram