Pelawak dan usahawan Shuib berkongsi berita gembira apabila anak pramatangnya iaitu Ayash Affan menunjukkan perkembangan yang positif.
Artikel Berkaitan: Sepupu Jadi Ibu Susuan Ayash Affan, Shuib Fikir Masa Depan Anak – ‘Takut Terkahwin Pula Jadi Masalah Nanti’
Dah pindah keluar dari inkubator
Menurut Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad berkata Ayash Affan kini sudah dipindahkan keluar dari inkubator sejak tiga hari lalu.
Katanya lagi, bayi yang berusia 20 hari itu sudah mula diberikan susu badan dan dalam masa terdekat ini akan dibuka alat bantuan pernafasan.
Alhamdulillah, tiga hari lalu Ayash dah keluar dari inkubator dan dia dah mula minum susu ibu yang saya dapat daripada sepupu sendiri.
Insya-Allah dalam dua minggu lagi, doktor akan buka alat bantuan pernafasan. Insya-Allah minggu ketiga nanti Ayash akan pulang ke rumah.
Kenapa ibu tinggalkan dia
Dalam pada itu, tambah Shuib, dua anaknya iaitu Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6, masih bertanya tentang arwah setiap kali sebelum mereka tidur.
Akui pelakon drama Jin & Sudin, dia hanya mampu menitiskan air mata sekiranya tidak mempunyai jawapan untuk soalan ‘cepumas’.
Macam Matin… dia baru berusia enam tahun, kadang-kadang apabila teringat dia akan tanya. Anak perempuan pula apabila sedih dia akan tunjuk.
Sebelum tidur, dia akan tanya ibu dekat syurga, kenapa ibu lama kat sana padahal dah janji nak berjalan sama-sama, tidur sama-sama, nak kongsi barang sama.
Dia akan tanya kenapa ibu pergi dan tinggalkan dia. Nak tak nak kena jawab. Jika tidak mampu nak menjawab, hanya air mata saja jawapannya.
Uwais dah faham… dia la menjadi penenang untuk adik-adik. Bersyukur Allah maha besar, dia ambil kesayangan bidadari saya ganti dengan anak sulung yang miripnya.
Shuib, 37, berkongsi perkara itu ketika sesi Instagram Live (IG Live) bersama rakannya, Abu Talib Husin dan pendakwah Mohammad Yaakub Yusra pada petang Khamis.
Terdahulu, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin meninggal dunia 9 Ogos lalu selepas tiga hadir ditidurkan dan bertarung nyawa melawan virus Covid-19 di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia.
Dua hari sebelum itu, Allahyarham menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayi lelaki ketika kandungannya berusia lapan bulan.
Siti Sarah dan Shuib berkahwin pada 2011 dan mendapat tiga cahaya mata lain iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.
Sumber: Instagram @shuibsepahtu