berita

Anak AR Badul Maut Ketika Demonstrasi Tembakan Peluru Hidup

September 4th, 2019 | by Amat
Kini Trending

Anak kepada pelakon AR Badul iaitu Mejar Mohd Zahir Armaya disahkan meninggal dunia dipercayai tercedera ketika melakukan demonstrasi sempena pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia dan Briged ke-13 Infantri Malaysia di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu.

Arwah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Queen Elizabeth pada pukul 9.30 pagi tadi.

Menembusi baju kalis peluru

Mejar Mohd Zahir Armaya telah berkhidmat bersama Pasukan Komando Gerup Gerak Khas (GGK) Angkatan Tentera Malaysia. Difahamkan bahawa Arwah tercedera semasa menjalani demonstrasi tembakan peluru hidup menggunakan senjata jenis M4 sempena paluan berundur Markas 5 briged di Kem Lok Kawi, Sabah.

Demonstrasi yang dipersembahkannya bermula pada jam 8.30 pagi dan kumpulan demonstrasi itu adalah persembahan ketiga yang dilakukan. Arwah meninggal dunia akibat peluru yang ditembak semasa demonstrasi dijalankan menembusi baju kalis peluru yang dipakainya.

Rebah dan diheret ke tepi

Mangsa memakai berbaju putih dan topeng beraksi sebagai penjenayah yang ditembak mati oleh anggota tentera. Mangsa rebah dan diheret ke tepi sebelum persembahan ditamatkan. Malangnya, mangsa didapati tidak sedarkan diri sebelum topeng mukanya dibuka dan muka berlumuran darah.

Mejar Mohd Zahir Armaya dibawa ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu sebelum disahkan meninggal dunia.

Apapun risiko tetap kau hadapi

Kapsyen yang dimuatnaik sepupu kepada arwah Mejar Mohd Zahir Armaya iaitu Ella Tompel di akaun Facebook. Dia turut mengucapkan salam takziah kepada anak pelakon itu.

Sumber: Metro, Utusan Online

SKIP THIS AD ×