Tengok apa tu?” atau “Berapa lama dah main telefon?” 

Ini antara soalan yang mungkin selalu keluar daripada mulut ibu bapa sekarang.

Yelah, zaman sekarang telefon pintar memang dah menjadi sebahagian daripada kehidupan anak-anak. 

Namun, dalam masa yang sama, ramai ibu bapa pasti pernah tertanya-tanya tentang apa yang dilayari anak-anak setiap hari. 

Sebab itulah ramai parents sekarang mula mencari cara yang lebih mudah untuk mengawal penggunaan internet anak tanpa perlu pening dengan macam-macam aplikasi tambahan.

Satu tap je, terus boleh kawal penggunaan internet anak

Menariknya, Tune Talk kini hadir dengan Epik+ Family Safe, pelan keluarga yang direka khas untuk membantu ibu bapa mengurus penggunaan internet anak dengan lebih mudah dan selamat.

Apa yang mencuri perhatian adalah fungsi One-Tap Parental Control yang membolehkan ibu bapa mengawal dan mengurus penggunaan internet anak hanya dengan satu tap.

Tak perlu setting yang rumit atau muat turun aplikasi tambahan. Semuanya boleh diurus dengan mudah melalui aplikasi Tune Talk, di mana ibu bapa boleh mengawal penggunaan internet anak dan mengurus tetapan keluarga dalam satu aplikasi sahaja.

Lebih meyakinkan, pelan ini turut dilengkapi dengan Network Level Security yang berfungsi terus di peringkat rangkaian untuk membantu melindungi anak ketika melayari internet.

Ibu bapa juga boleh memilih tahap perlindungan yang bersesuaian mengikut umur dan keperluan anak melalui tiga pilihan berikut:

1. High ProtectionThe Curious Starter

Sesuai untuk anak kecil yang baru mula menggunakan peranti bagi tujuan pembelajaran, menonton video, bermain permainan atau melayari internet.

  • Pelayaran internet yang lebih mesra kanak-kanak
  • Menyokong pembelajaran dan penerokaan
  • Sesuai untuk ibu bapa yang mahukan kawalan lebih ketat pada peringkat awal

2. Medium Protection – The Growing Teen

Direka untuk remaja yang memerlukan lebih banyak akses bagi tujuan pembelajaran, hobi, hiburan dan komunikasi.

  • Menyokong keperluan pembelajaran dan tugasan sekolah
  • Memberikan akses kepada hobi dan hiburan
  • Fleksibiliti dengan kawalan yang bersesuaian

3. Low Protection – The Confident User

Sesuai untuk remaja yang memerlukan akses internet yang lebih luas untuk pembelajaran, komunikasi serta penggunaan harian.

  • Menyokong keperluan sekolah dan aktiviti digital harian
  • Akses untuk hiburan dan penggunaan media sosial
  • Pengalaman melayari internet yang lebih bebas dan berdikari

Dengan pilihan tahap perlindungan ini, ibu bapa boleh mengurus pengalaman internet anak dengan lebih mudah mengikut usia dan keperluan mereka.

Bukan setakat selamat, data pun memang cukup untuk sekeluarga

Selain aspek keselamatan digital, pelan ini turut menawarkan 700GB kongsi data yang boleh dikongsi antara 1 talian ibu bapa dan 1 talian anak.

Kalau anak ramai?

Jangan risau. Korang boleh tambah sehingga 3 talian anak tambahan pada harga RM20 setiap satu, menjadikan ia lebih fleksibel mengikut keperluan keluarga.

Internet laju memang penting untuk seisi keluarga

Tak guna juga kalau data banyak tapi internet perlahan, kan?

Yang bestnya, Tune Talk menggunakan Cloud AI Powered Ultra Fast 5G dengan kelajuan tanpa had sehingga 900Mbps bagi memastikan pengalaman internet yang lebih stabil dan lancar.

Kalau anak korang menggunakan internet setiap hari untuk pembelajaran dan aktiviti harian, pengalaman yang lebih lancar dan stabil pastinya memberikan lebih keselesaan.

Malah, ini juga membuktikan bahawa tidak semua rangkaian 5G adalah sama kerana Tune Talk dipacu oleh teknologi Cloud AI yang direka untuk memberikan sambungan yang lebih pintar, stabil dan pantas.

Banyak lagi manfaat tambahan yang buatkan ia lebih berbaloi

Selain fungsi keselamatan digital dan data yang besar, pelanggan turut menikmati pelbagai manfaat tambahan seperti:

  • One-Tap Parental Control untuk pengurusan internet anak yang lebih mudah
  • E-Roaming percuma di 13 negara 
  • PA Insurans sehingga RM500,000*
  • NOVA (Astrologi)
  • Panggilan tanpa had ke semua rangkaian
  • Langganan foodpanda pandapro
  • Langganan Shopee VIP 

Secara keseluruhannya, pelan ini menawarkan nilai tahunan sehingga RM3,779 bermula serendah RM80 sebulan.

Perlukan lebih banyak data? Ada juga pilihan untuk seluruh keluarga

Selain Epik+ Family Safe, Tune Talk turut menawarkan Epik+ Family yang sesuai untuk keluarga, pasangan atau isi rumah. 

Pelan ini hadir dengan 1200GB kongsi data yang boleh dikongsi merentasi 5 talian mudah alih, semuanya pada harga hanya RM128 sebulan.

Memilih pelan mudah alih bukan sekadar melihat jumlah data, tetapi juga bagaimana ia mampu menyokong keperluan seluruh keluarga setiap hari.

Sebab itu, Tune Talk Epik+ Family dan Epik+ Family Safe hadir dengan gabungan internet pantas, data yang mencukupi serta pelbagai manfaat tambahan yang boleh disesuaikan mengikut keperluan keluarga.

Ini menjadikannya pilihan yang sesuai untuk keluarga yang mempunyai lebih ramai pengguna atau mereka yang mahu menikmati lebih nilai dalam satu pelan yang mudah diuruskan.

Seperti Epik+ Family Safe, pelan ini juga dikuasakan oleh Cloud AI Powered Ultra Fast 5G yang menawarkan pengalaman internet yang lebih stabil dan pantas untuk kegunaan harian.

Lebih data, lebih nilai untuk seluruh isi rumah

Epik+ Family turut hadir dengan pelbagai manfaat tambahan seperti:

Epik+ Family turut hadir dengan pelbagai manfaat tambahan seperti:

  • E-Roaming percuma di 13 negara
  • PA Insurans sehingga RM500,000*
  • Nova (Astrologi)
  • Akses eksklusif game dan drama
  • Panggilan tanpa had ke semua rangkaian
  • Langganan foodpanda pandapro
  • Langganan Shopee VIP

Menariknya, pelan ini menawarkan nilai tahunan sehingga RM10,590, menjadikannya antara pelan keluarga yang menawarkan nilai yang cukup berbaloi untuk mereka yang mahukan lebih data, lebih fleksibiliti dan lebih kemudahan.

Bila ketenangan dan nilai jadi keutamaan, dua pelan ini memang berbaloi! 

Sama ada korang mengutamakan keselamatan digital anak atau mahukan pelan yang memudahkan seluruh keluarga kekal berhubung, Tune Talk menawarkan pilihan yang direka mengikut keperluan keluarga moden hari ini.

Memilih pelan mudah alih bukan sekadar melihat jumlah data, tetapi juga bagaimana ia mampu menyokong keperluan seluruh keluarga setiap hari.

Sebab itu, Tune Talk Epik+ Family dan Epik+ Family Safe hadir dengan gabungan internet pantas, data yang mencukupi serta pelbagai manfaat tambahan yang boleh disesuaikan mengikut keperluan keluarga.

Untuk maklumat lanjut, layari Tune Talk hari ini.