Penyanyi, Azza Elite memaklumkan dia tidak akan mengenakan sebarang bayaran bagi kek jualannya kepada kanak-kanak autistik serta golongan OKU setiap kali membuka booth jualan.

Artikel Berkaitan: ‘Dalam Surau Pun Hati Kau Hitam, Tak Ada Masalah Kalau Pakai Filter’ – Azza Elite

Artikel Berkaitan: ‘Kita Kerja Siang Malam, Ada Pula Yang Seleweng Duit Hak Orang.. Frust Dengan Penunggang Agama’ – Azza Elite

Hadiahkan pada golongan OKU

Menerusi satu hantaran di Threads, seorang individu berkongsi anaknya yang menghidap autisme dan ADHD sebelum ini tidak berselera makan ketika menerima rawatan di hospital, namun dapat menjamah kek jualan Azza Elite dengan penuh berselera.

Anak saya ada autisme bersama ADHD, hari itu dia warded di hospital Temerloh untuk rawatan ketumbuhan dalam perut.

Ada orang beri kek Azza Elite dalam ward, siap cakap ‘Meh rasa kek artis’, anak saya dari tak nak makan sebab sakit dan picky, terus jamah dengan berselera.

Masa itu, saya terharu sampai suruh suami cari moist cake yang seakan sama sekitar Temerloh.

Tapi lepas beli, anak saya sentuh sikit terus tak nak.

Terima kasih sebab buat kek sedap-sedap, kami nak beli mungkin susah.

Hantaran tersebut menarik perhatian Azza atau nama penuhnya Noor Azzarina Zawari, yang memaklumkan dia akan meminta pihak dapurnya menyediakan lebihan kek daripada jumlah jualan sebagai inisiatif untuk disedekahkan kepada golongan yang memerlukan.

Terima kasih, untuk anak autistic atau golongan OKU kalau saya ada di booth jangan bayar.

Saya hadiahkan sahaja.

Kalau saya buat 1000 biji kek untuk jualan, saya akan suruh pihak kitchen buat lebih kurang contoh 1100 biji kek.

Kalau 2000 biji kek, saya akan suruh kitchen buat dalam 2100 biji kek, atau pun 2050 biji kek.

Yang selebihnya saya bagi hadiah untuk anak autistic, OKU, orang buta, bisu, berkerusi roda, dan pada sesiapa yg saya tergerak hati nak bagi.

Sumber: Threads