Foto: Tangkap layar video
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya, itulah peribahasa yang paling sesuai menggambarkan ketabahan seorang wanita yang begitu cekal diuji dengan pelbagai dugaan yang mendatang. Kisah wanita yang dikenali sebagai Mek ini, diceritakan oleh seorang aktivis dikenali sebagai Aisyah Shahid di laman Twitter.
Menerusi perkongsian tersebut rata-rata warganet sebak dengan nasib yang menimpa wanita itu dan turut bersimpati dengan apa yang telah terjadi.
Anak baru sahaja meninggal
Menerusi thread tersebut, anak kepada warga emas ini baru sahaja meninggal tiga bulan yang lepas akibat terjatuh daripada pokok. Menceritakan dengan lebih lanjut, anaknya disifatkan sebagai seorang anak yang baik dan sering membantu ibunya tanpa mengeluh.
Wanita cekal ini diuji sekali lagi, apabila rumahnya telah hangus dijilat api. Bahkan, menerusi foto yang dikongsi dapat dilihat raut wajah wanita itu yang menanggung kesedihan dan kerinduan terhadap arwah anaknya.
Video rumah Mek terbakar
Inilah keadaan rumah mek selepas dijilat api. pic.twitter.com/f3CHzCWAAH
— Aisyah Shahid (@aisyahshahid) March 25, 2021
Menerusi video berdurasi 13 saat itu, dapat dilihat keadaan rumah wanita itu yang 90% sudah hangus. Apa yang lebih meruntun hati, apabila barangan dan peralatan rumahnya sama sekali tidak dapat diselamatkan.
Walaupun, berdepan dengan pelbagai dugaan namun wanita tabah itu masih mampu tersenyum dan sama sekali tidak menitiskan air mata ketika menceritakan tentang kisah hidupnya.
Semoga Mek terus dimurahkan rezeki
Sumber: Aisyah Shahid