Anak bongsu pasangan selebriti Abby Abadi dan Norman Hakim, Maria Danisha, mencatat pencapaian cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025.

Artikel Berkaitan: Suami Abby Abadi Rai Keputusan SPM Anak, Netizen Puji – ‘Ayah Tiri Lagi Function’

Artikel Berkaitan: ‘Luahan Itu Bukan Untuk Keluarga Saya..Hubungan Kami Baik, Tiada Konflik’ – Anak Bongsu Abby Abadi & Norman Hakim

Pembelajaran digital

Lebih membanggakan, Danisha meraih gred A dalam tiga mata pelajaran teras iaitu bagi subjek Matematik, Sains dan Sejarah dengan hasil bimbingan platform pendidikan PTTI.

Kejayaan ini membuktikan bahawa pembelajaran digital mampu membantu pelajar mencapai prestasi akademik cemerlang.

Selain itu, Norman menegaskan bahawa pencapaian bukan sekadar angka semata, tetapi simbol ketekunan dan dedikasi anaknya sepanjang tempoh pembelajaran.

Tahniah atas keputusan SPM 2025 yang sangat membanggakan.

Setiap usaha, termasuk pengorbanan senyap yang mungkin tidak disedari sesiapa, akhirnya membuahkan hasil.

Saya nampak segala usaha dan kekuatan Danisha sepanjang perjalanan ini.

Dalam masa sama, Norman berkongsi pengalaman mendebarkan ketika menemani Danisha menunggu keputusan diumumkan.

Momen duduk bersama di hadapan skrin menunggu keputusan keluar itu sangat mendebarkan.

Segala emosi, doa dan usaha berkumpul pada satu saat itu.

Bentuk disiplin

Dalam pada itu, Norman menzahirkan penghargaan kepada institusi pendidikan, termasuk Abedeen Academy, yang berperanan penting dalam membentuk disiplin dan perkembangan akademik Danisha.

Sehubungan itu, dia mengucapkan ribuan terima kasih kepada PTTI Group dan tenaga pengajarnya yang berjaya membantu anaknya mengatasi kelemahan dalam beberapa subjek sehingga membolehkan dia mencapai keputusan cemerlang.

Terima kasih kerana membantu Danisha menukar subjek yang sebelum ini lemah menjadi kekuatan hingga berjaya meraih A.

Itu bukan sesuatu yang mudah dan saya sangat bangga.

Tambahnya lagi, sokongannya terhadap Danisha sentiasa utuh dan tidak berbelah bahagi.

Danisha tidak perlu memikul segalanya seorang diri.

Perasaan dan usaha Danisha sangat bermakna.

Papa akan sentiasa melihat, menyokong dan percaya padamu.

Kejayaan Danisha menjadi sumber inspirasi kepada pelajar lain, menunjukkan bahawa usaha yang berterusan, serta sokongan keluarga, dan bimbingan tepat mampu membawa kepada pencapaian akademik yang cemerlang.