berita

[VIDEO] Gara-Gara Buli Rakan, Bapa Denda Anak Jalan Kaki 8 KM Ke Sekolah

December 7th, 2018 | by faris
Kini Trending

Masalah buli menjadi isu yang kerapkali dibincangkan di laman sosial apatah lagi sehingga menyebabkan kesan fizikal dan emosi kepada mangsanya. Kebanyakan ibu bapa cenderung mempertahan dan menafikan kenakalan anak masing-masing apabila dilaporkan membuli, membuatkan isu ini berlarutan.

Seorang bapa di Amerika Syarikat mempunyai cara tersendiri menangani anak perempuannya yang membuli rakan sekolah ketika di dalam bas. Video dirakam Matt Cox mendapat perhatian pengguna laman sosial sehingga meraih ratusan ribu perkongsian.

Dihalau dari bas untuk kedua kali

Matt yang tinggal di Ohio mendenda anaknya berjalan sejauh 8 kilometer ke sekolah dalam kesejukan musim dingin. Anaknya disingkirkan dari bas selepas dipercayai membuli. Bapa itu merakam video anaknya berjalan sambil mengekorinya menggunakan kereta. Suhu dipercayai mencecah 2.2 darjah Celcius.

Biar saya terangkan di sini. Membuli tak boleh diterima di mana-mana sekalipun, apatah lagi di rumah saya.

Matt menerangkan anaknya telah membuli seorang murid dan diharamkan menaiki bas sekolah untuk kedua kali, bagi tahun ini.

Mesti ramai ibu bapa yang tak setuju dengan saya tapi tak apa kerana saya hanya buat apa yang saya rasa betul untuk ajar anak saya dan buatkan dia berhenti membuli.

Tambah Matt, anak perempuannya itu masih gembira, sihat dan dan mula menyedari dan menghargai benda-benda yang tidak pernah diambil kisah sebelum ini.

Sumber: Matt Cox, The Straits Times

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×