Aktres dan usahawan terkenal, Rozita Che Wan memaklumkan anak bongsunya, Aaisyah Dhia Rana, dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan gigi dipanggil Supernumerary Mesiodens Tooth, semalam (Sabtu).
Artikel Berkaitan: Netizen Sakit Mata Tengok Aaisyah Dhia Rana Bersolek, Ini Respon Che Ta – ‘Mak Dia Ratu Malaysia Dulu ..’
Kes rare
Menurut Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta, Aaisyah, 9, lebih banyak tidur dan berehat selepas menjalani pembedahan berkenaan.
Kata aktres berumur 50 tahun, pembedahan itu dilakukan di hospital pakar Global Doctors di Mont Kiara di bawah kendalian serta pemantauan tiga doktor.
Ikutkan sejak beberapa bulan lalu, dia (Aaisyah) sering mengadu tak selesa di bahagian giginya.
Jadi selepas dipermudahkan, pembedahan berjaya dilakukan hari ini. Menurut doktor, kes seumpama ini agak jarang terjadi iaitu kewujudan gigi lebih di bahagian tengah.
Kata doktor lagi, secara umumnya di dalam dunia ini ada sekitar 0.5 hingga 3 peratus kes seumpama itu.
Terima kasih mendoakan
Tambah pelakon yang terkenal menerusi drama Kiah Pekasam itu, pembedahan itu perlu dilakukan untuk membolehkan pertumbuhan gigi kekal baharu yang lain.
Masa melakukan CT Scan baru-baru ini, baharu nampak masalah yang timbul. Apabila dilakukan X Ray memang wujud masalah itu.
Dalam masa sama, pemilik nama Rozita Abu Bakar bersyukur kerana anak perempuannya itu kuat semangat.
Terima kasih yang mendoakan kesihatan dan keadaannya.
Terdahulu, Che Ta memuat naik beberapa keping gambar Aaisyah di Instagram sebelum dan selepas menjalani pembedahan Supernumerary itu.