berita

Anak Che Ta & Zain Saidin Eksklusif Sehingga Dilahirkan

June 17th, 2014 | by Ai
Kini Trending

PC-Zain-Saidin-Rozita-Che-Wan-8-630x420

Dah tengok gambar imbasan bayi dalam kandungan Rozita Che Wan semalam? Comel sungguh baby tersebut siap ada abs lagi.

Tapi cuma gambar sahaja yang boleh dikongsikan oleh Zain kerana jantinanya masih lagi perlu dirahsiakan.

Amboi, bukan main berahsia lagi selebriti sekarang. Nama anak, jantina, malah wajah anak baru lahir pun tidak didedahkan supaya orang luar semakin berteka-teki.

10450592_868026779877397_628750502714950108_n

Bukan apa, Zain dan Che Ta berbuat demikian kerana menghormati permintaan stesen TV swasta yang mahu menyiarkan segala kisah mengenai bayi yang kini berusia lima bulan di dalam kandungan itu secara eksklusif untuk tontonan peminat di Astro tak lama lagi.

Ya, saya memuat naik gambar imbasan bayi dalam kandungan isteri saya, namun saya tidak boleh beritahu apa-apa juga tentang hal itu kerana ia akan disiarkan secara eksklusif di sebuah program terbitan Astro nanti.

Program lapan episod itu akan mendedahkan perjalanan bermula Rozita mengandung, persiapan bayi sehinggalah dia melahirkan bayi tersebut.

Itulah apa yang orang kata rezeki anak. Belum keluar dari perut ibu pun dah ramai yang berlumba-lumba nak ambil tahu pasal dia. Semoga anak Zain dan Che Ta membesar menjadi insan yang berguna.

Sumber: mStar Online

SKIP THIS AD ×