berita

Anak Dapat 9A Dalam SPM, Peminat Puji Ajai-Nurul Pandai Didik Anak

March 4th, 2016 | by Ai
Kini Trending

anak ajai nurul

Kejayaan anak adalah kejayaan sebenar setiap ibu bapa. Hati ibu bapa mana yang tidak gembira apabila anak berjaya dalam hidup, bermula dengan keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Dengan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan semalam, anak perempuan hasil perkongsian hidup penyanyi dan komposer Ajai dengan bekas isterinya, Nurul, berjaya meraih keputusan cemerlang iaitu 9A! Wow, sangat mengagumkan!

Gadis pintar yang diberi nama Ayu Nazirah Binti Mohd Faizal atau Ayu itu merupakan pelajar dari Sekolah Berasrama Penuh Tun Fatimah (STF). STF memang terkenal dengan tahap kecemerlangan akademik yang bukan calang-calang pelajar bersekolah disitu.

Ajai dan Nurul, masing-masing meluahkan rasa bangga atas ‘hadiah istimewa’ yang diberikan Ayu kepada mereka. Luahan tulus mereka sebagai ibu bapa dimuatnaik di laman Instagram masing-masing bersama slip keputusan SPM anak mereka.

“Hard Works Leads To Major Success- Ajai”

Screenshot 2016-03-04 10.07.06

Screenshot 2016-03-03 20.13.40

Screenshot 2016-03-04 10.23.34

Nasihat Nurul Untuk Ayu

Screenshot 2016-03-04 09.57.26

Jika si ayah mungkin tidak begitu petah menzahirkan rasa bangga dan sayang melalui kata-kata. Ini pula suara hati Nurul kepada anaknya — sangat mengharukan dan hampir menitis air mata kami ketika membacanya!

“Jadilah Bijak Bukan Hanya Dalam Pelajaran, Tapi Dalam Hidup”

Screenshot 2016-03-04 09.58.08

“I’m Sorry I Am 7 Hours Far From And Behind You”

Screenshot 2016-03-04 09.58.30

“Hilang Segala Sakit Bersalin!”

Screenshot 2016-03-04 08.03.29

Screenshot 2016-03-04 09.58.52

Shuib Puji Ajai Pandai Didik Anak

Screenshot 2016-03-04 09.59.32

Comel je komen pelawak terkenal dan ahli kumpulan Sepahtu, Shuib untuk Ajai. Katanya “saya dulu A pun langsung takde…” Ajai bijak memulangkan pujian tersebut dan memberi tips untuk anak berjaya. So adorable!

Secara tidak langsung, keputusan cemerlang yang diperolehi Ayu telah mengikis stigma negatif masyarakat terhadap orang seni — kerana terbukti bahawa anak-anak orang yang bergiat dalam industri hiburan pun boleh berjaya dalam bidang akademik!

Sumber: Instagram Ajai, Nurul dan Ayu