berita

‘Anak Dara Pun Kalah Ni Mak Cik’ – Penampilan Terbaru Zizie Izette Curi Perhatian Netizen & Selebriti

August 12th, 2022 | by Amirul Asraf
Lensa Insta

Kembali mencuri tumpuan netizen di media sosial, pelakon, Datin Seri Zizie Izette dilihat semakin kurus dan menawan. Berkongsi beberapa foto terbaru di Instagram, netizen turut menyatakan rasa kagum melihat cara Zizie menjaga badan untuk kekal sihat dan tampak cantik.

Meletop!

Mengenakan baju dan seluar bewarna ungu, Zizie memberitahu bahawa dia tidak tahu untuk memuat naik foto yang mana satu di Instagranm miliknya. Oleh sebab itu, dia memuat naik kedua-dua foto tersebut. Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen termasuk rakan artis kagum melihat perubahan wajah dan bentuk badan Zizie. Ujar netizen, Zizie kelihatan seperti remaja. Ini kerana, bentuk hidung, bibir dan mukanya kelihatan sangat berbeza jika dibandingkan sebelum ini.

Di samping itu, netizen turut meminta tips daripada Zizie tentang rahsia untuk cepat kurus.

Cantiknya!

Sumber: Zizie Izette

SKIP THIS AD ×